Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ram] | مورم

Definisi : 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menye­babkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muram (adjektif)
1. Bersinonim dengan malap: suram, buram, guram, kelam, kucam, kusam, pudar, mendung, redup, kabut, kabur, kalis,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks muka
bersinonim dengan suram, pucat, layu, udam,
Berantonim dengan berseri

3. Bersinonim dengan duka: dukacita, sedih, pilu, hiba, sayu, rawan, gundah, suram, susah hati, murung, sebab, sebak, sugul, terharu, masyghul, takzim, walang,
Berantonim dengan gembira

Kata Terbitan : kemuraman,

Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana kedukacitaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morosemuramPendidikanTiadaTiada
dismal sciencesains muramEkonomiTiadaTiada
dull whiteputih muramKesenianTiadaTiada
dusky brown (fuscous)coklat muramKesenianTiadaTiada
sadnesskesedihanPerubatanTiadaPerasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit.
film noirfilem noirKomunikasiTiadaGenre filem yang merujuk kepada penekanan terhadap kehidupan bandar yang muram serta watak-watak yang berhadapan dengan keadaan yang seolah-olah terperangkap dalam diri dan persekitarannya. Pembikinan filem ini memberi tumpuan kepada penggunaan kesan cahaya yang berkontras tinggi, komposisi yang kompleks dan suasana yang merimaskan.
solennesolenneMuzikTiada

Solenne bermaksud muram. Arahan kepada pemuzik supaya bermain dengan perasaan yang muram.

Sturm und DrangSturm und DrangMuzikTiada

Gaya muzik pada tahun 1765-1775 dalam Zaman Klasik. Gaya ini dipengaruhi oleh gerakan kesusasteraan Jerman pada pertengahan abad ke-18 yang menekankan suasana dan perasaan yang tidak menentu dan muram. Muzik Sturm und Drang biasanya dalam tonaliti minor dan mempamerkan emosi yang dramatik. Contohnya, Symphony, No. 44-49 oleh Joseph Haydn (1732-1809).


Kembali ke atas