Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mur.ni] | مورني

Definisi : bersih sekali; suci; tulen: Cita-citanya tinggi dan ~. memurnikan menjadikan murni; membersihkan; menyucikan. kemurnian keadaan murni; kesucian; ketulenan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mur.ni] | مورني

Definisi : tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perang-sang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; ke-manakan dia telah mengirim bingkisan per-mata ~; memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia; kemurnian perihal murni, kesucian, keasli­an, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; pemurnian perihal atau perbuatan memur­nikan: ada baiknya masalah ~ bahasa men-jadi pokok perhatian dlm seminar ini; pemurni orang yg sangat mementingkan ke­telitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
murni (adjektif)
Bersinonim dengan tulen, ceria, bersih, suci, kudus, nirmala, putih, safi, asli, jati;,
Kata Terbitan : memurnikan, kemurnian, pemurnian,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
semua pihak yang terlibat, sama ada pihak DBP mahu pun PSU yang berusaha merealisasikan memorandum persefahaman DBP-PSU sehingga matlamatnya tercapai. Jutaan terima kasih ditujukan khusus kepada DBP atas niat murni dan segala sumbangan yang dihulurkan. Tanpa kesungguhan DBP dan ketabahan serta ketekunan penyusun menghadiri setiap bengkel Kamus Thai-Melayu yang dijalankan sejak tahun 2001, tentu sekali hasil yang sangat bernilai

Kembali ke atas