Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mur.ni] | مورني

Definisi : bersih sekali; suci; tulen: Cita-citanya tinggi dan ~. memurnikan menjadikan murni; membersihkan; menyucikan. kemurnian keadaan murni; kesucian; ketulenan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mur.ni] | مورني

Definisi : tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perang-sang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; ke-manakan dia telah mengirim bingkisan per-mata ~; memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia; kemurnian perihal murni, kesucian, keasli­an, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; pemurnian perihal atau perbuatan memur­nikan: ada baiknya masalah ~ bahasa men-jadi pokok perhatian dlm seminar ini; pemurni orang yg sangat mementingkan ke­telitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
murni (adjektif)
Bersinonim dengan tulen, ceria, bersih, suci, kudus, nirmala, putih, safi, asli, jati;,
Kata Terbitan : memurnikan, kemurnian, pemurnian,


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » May
lebih mesra dipanggil Wak Khalid, amat arif dengan dunia mereka kerana dia sendiri membesar di kaki lima ibu kota. Namun begitu, untuk naskhah Kena Main , Wak Khalid memilih bahasa yang murni sahaja. Betapa orang buta menggunakan telinga dan hidung untuk mengesani orang di sekeliling mereka sehingga mereka dapat menangkap Mat Pit. Di samping itu juga, mereka dapat menerima keikhlasan Laila dan
Dewan Budaya » 2013 » March
luar”. Itulah rentetan sebahagian daripada kisah kehidupan si pemandu teksi yang gigih bekerja untuk mencari sesuap nasi.Walaupun sukar, mereka tetap melayan pelanggan mereka dengan senyuman, mesra dan ikhlas.Nilai murni inilah yang seharusnya menjadi amalan generasi muda pada hari ini. Malah toleransi budaya turut terpancar dengan jelas melalui komunikasi. Kita akan berusaha menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami bagi dan kekeliruan. Hal ini demikian kerana bahasa amat penting untuk kita bercerita tentang budaya, dan kita juga perlu luas pengetahuan tentang dialek tempatan bagi memudahkan komunikasi.Seperti “pak cik” nilai murni tersebut pasti telah membudaya dalam diri. - Abdul Ghani Abu *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mac 2013. Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun

Kembali ke atas