Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata murtabak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana ejaan sebenar bagi perkataan murtabakEjaan yang sebenar bagi perkataan tersebut ialah martabak. Terima kasih.Ejaan17.05.2023
Yang mana betul? a)martabak b)murtabakEjaan yang betul ialah martabak. Untuk mengetahui ejaan atau makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan10.09.2008
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan serta pengesahan berkenaan ejaan seperti berikut: 1. Murtabak atau Martabak 2. Kari Devil atau Kari DebalEjaan yang betul ialah “martabak”. Manakala bagi ejaan “Kari Devil” atau “Kari Debal”, lazimnya ditulis atau disebut dengan ejaan “Kari Debal” mengikut ejaan asal masyarakat Serani.  Ejaan11.06.2020
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012

Kembali ke atas