Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.Öim] | نعيم

Definisi : Ar nikmat, nyaman, sedap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naim

Perkhidmatan +


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Naim Al-Kalantani Oct 8th, 6:53pm Selamat petang. Setahu saya DBP sudah mula mencetak kembali buku-buku yang dulunya tidak dicetak kerana ada 'konflik' dengan DAWAMA. Saya ingin tanya, di mana boleh saya lihat katalog buku-buku terbitan yang baru ini seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain08.10.2015
assalamualaikum, saya naim shauqi bin mohd noor ingin bertanyakan penggunaan ayat dalam peribahasa melayu yang manakah yang betul digunakan? "membuka pekung di dada" atau "membuka bekung di dada" harap pihak tuan/puan dapat memberi respon pada pertanyaan ini secepat mungkin, terima kasih.

Encik Naim,

Yang betul ialah membuka pekung di dada.

Lain-lain29.12.2010
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah

Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat  2. tawakal  3. ikhtiar 4.  qada  6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah

Ejaan16.01.2009
Tuan, Kementerian menerbitkan buku dwi-bahasa mengenai burung di Malaysia dengan tajuk Flying Wonders of Malaysia. Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkara berikut: 1. Flying wonders of Malaysia 2. Naturally occuring bird species 3. Vagrant bird species Terima kasih Naim 0173177207Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan bahasa Melayu dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2016
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera, Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Saya ada pertanyaan berhubung dengan format numbering bagi penyediaan laporan. Mohon bantuan daripada pihak tuan/puan berdasarkan lampiran fail yang disertakan. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Mohd Naim Bin Mohd Yussof naimyussof@gmail.com mohdnaim.m@hasil.gov.mySelamat ptg.
Pihak kami telah membuka fail yang dilampirkan tetapi tulisan dalam fail/format tidak tersusun mungkin kerana format fail word yang tidak sama. Oleh itu, pihak kami tidak dapat membuat apa-apa komen. Tambahan pula, format sesuatu  laporan berbeza antara institusi.  Harap maklum.
Lain-lain18.08.2016
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011

Kembali ke atas