Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Nasib peniaga Kota TinggiAninah JanangDewan Masyarakat1 March 2007
Nasib anak-anak jalanan: masih adakah yang prihatin?Muhamad Haffy ZikryDewan Masyarakat1 January 2007
Nasib pelajar Malaysia di Korea terbela-Dewan Masyarakat1 October 2006
Nasib Penulis Terletak di Tangan PengkritikRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 March 2002
Nasib Tuk PandaiSha'ari A.B.Dewan Sastera1 September 2001
Nasib Pertukangan MelayuH.M. JajuliDewan Budaya1 October 2005
Nasib rusa sombongRossilawati SulorDewan Pelajar1 June 1983
Nasib penjual dagingTiadaDewan Pelajar1 September 1982
Nasib anak tiriTiadaDewan Pelajar1 September 1981
Nasib Seorang PerisikYee Kok KeeDewan Pelajar1 December 1979
12345678910...

Kembali ke atas