Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sang Nasib Wahai Sang NasibAnwar RidhwanBerita Minggu17.02.1974
Nasib PPSMI JulaiAhmad Shahrul Nizam MuhammadHarian Metro24.06.2009
Nasib dan TakdirSolihin OsmanMingguan Malaysia28.12.2008
Nasib sastera di tiga negaraNazmi YaakubBerita Harian04.09.2008
Nasib Burung PutihMazemie MazBerita Minggu13.04.2008
Nasib bahasa Melayu di ambang era politik baruRejab F.I.Siasah30.03.2008
Nasib teater MelayuAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia20.02.2008
Nasib lagu Melayu [Diwawancara oleh Sofiatul Shima Wan Chik]Andy, Aidit Alfian dan Ad SamadKosmo Ahad11.11.2007
Nasib novelis tempatanIzyan Liyana Mohd darifKosmo31.07.2007
Nasib karya klasik MelayuTiadaKosmo23.05.2007
12345678910...

Kembali ke atas