Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » February
Just another WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2012 » February 0 Comments Untung Nasib Novelis Malaysia admin on February 5th, 2012 Oleh Aninah Janang F ilem yang diadaptasi daripada novel tibatiba menjadi fenomena yang luar biasa di negara ini. Selepas adaptasi novel Lagenda Budak
Dewan Budaya » 2017 » January
Mereka menghadiahi pemuda itu sampul berwarna merah yang berisikan wang sebagai tanda penghargaan. Sejak peristiwa itu, angpau menjadi sebahagian daripada amalan tradisi masyarakat Cina. Warna merah pada sampul pula melambangkan nasib baik dan bertindak sebagai pengusir roh jahat. Pada kelazimannya, sampul angpau diberikan oleh pasangan yang sudah berumah tangga kepada yang masih bujang tanpa mengira usia, tua atau muda, pada musim majalah Dewan Budaya keluaran Januari 2017. Posted in: Uncategorized 0 Comments Bersepakat Mendaulatkan Bahasa Melayu admin on January 2nd, 2017 OLEH ALIAS ISMAIL Apabila semakin hari semakin banyak pihak memperkatakan nasib, maruah, pengaruh, dan masa depan bahasa Melayu di tanah air sendiri, mungkin kita cenderung bertanya sekurang-kurangnya kepada diri sendiri, “Adakah cukup hanya undang-undang dan perlembagaan negara berperanan sebagai
Dewan Budaya » 2015 » August
yang menyedari kewujudannya walaupun berada di tepi jalan utama. Ribuan orang melalui jalan itu setiap hari, tetapi tidak salah jika dikatakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak menyedari kewujudannya. Itulah nasib yang dialami oleh Menara Jam Merdeka di Sungai Siput (U), Perak. Yang pasti, menara jam itu wujud sejak tahun 1957 berdasarkan tulisan tahun itu pada binaannya. Tentunya menara itu dibina bagi memperingati hari kemerdekaan negara. Namun demikian, bangunan itu telah dirobohkan kerana kononnya mengganggu keindahan beberapa buah bangunan berseni bina Gothik yang menjadi jirannya, yang menjadi daya tarikan Kuala Kangsar. Nasib Stadium Merdeka di Kuala Lumpur nampaknya lebih baik daripada nasib Dewan Merdeka itu. Pada tahun 1990-an, stadium itu diberikan kepada pemaju yang mengeluarkan belanja untuk membina Kompleks Sukan Negara
Dewan Budaya » Tradisi
Mereka menghadiahi pemuda itu sampul berwarna merah yang berisikan wang sebagai tanda penghargaan. Sejak peristiwa itu, angpau menjadi sebahagian daripada amalan tradisi masyarakat Cina. Warna merah pada sampul pula melambangkan nasib baik dan bertindak sebagai pengusir roh jahat. Pada kelazimannya, sampul angpau diberikan oleh pasangan yang sudah berumah tangga kepada yang masih bujang tanpa mengira usia, tua atau muda, pada musim
Dewan Budaya » 2012 » January
yang hebat dan digeruni dalam fasa tertentu perkembangan tamadun dunia. Kegiatan penjajahan oleh beberapa kuasa kolonial menyebabkan Malaysia dan Indonesia, dua buah negara di Asia Tenggara, tidak terlepas daripada menerima nasib dijajah. Oleh sebab kesusasteraan merupakan salah satu cabang kebudayaan, maka pihak kolonial telah mendominasi bidang ini sebagai satu daripada cara untuk mengukuhkan penguasaan, pentadbiran, dan mendukung matlamat mereka di negara
Dewan Budaya » 2013 » February
halaman. Segala hutang piutang perlu dilunaskan agar tidak dikelilingi oleh hutang sepanjang tahun yang mendatang. Mercun dibakar pada tengah malam sebagai tanda bermulanya tahun baharu dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Tradisi ini dikaitkan dengan cerita asal usul perayaan ini, iaitu seekor haiwan ganas pemakan manusia, Nian (bermaksud “tahun” dalam bahasa Mandarin). Nian yang muncul pada setiap awal tahun baharu
Dewan Budaya » 2014 » February
kerana bagi kita menegur anak-anak tidak bersolat dengan peringatan fizikal yang tidak memudaratkan merupakan hal biasa tetapi sesuatu yang luar biasa bagi pemerintah di Sweden. Tambah membimbangkan lagi ialah nasib anak-anak Muslim tersebut. Maka dalam dunia yang semakin menjadi luar biasa ini persoalan tentang norma dan nilai kehidupan sentiasa perlu difikirkan. Apatah lagi norma dan nilai ini merupakan aspek
Dewan Budaya » 2015 » September
darjah. Jika tidak, pengguna pasti bermasalah. Waktu ini perlu dimanfaatkan sebaik-baik mungkin bagi merangka strategi untuk mengurangkan tempias CBP. Pengguna tidak perlu meratap atau menyanyikan lagu pilu kerana mengenangkan nasib yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ini. Tidak perlulah bermimpi pada waktu siang dengan memikirkan cara untuk menukarkan kerajaan kerana perkara itu hanya dapat dilakukan menerusi pilihan raya umum. Berdasarkan
Dewan Budaya » 2017 » April
mencuit hati ialah Bujang Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959), Nujum Pak Belalang (1959), Musang Berjanggut (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Labu dan Labi (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Tiga Abdul (1964) dan Madu Tiga (1964). P. Ramlee dibantu oleh banyak bintang lain yang berbakat, seperti Aziz Sattar, S. Samsuddin, Udo Omar, Ahmad Nesfu dan
Dewan Budaya » 2014 » April
diadakan di padang letak kereta atau di tempat letak kereta bawah tanah di bangunan DBP. Kadang-kadang latihan dapat diadakan di ruang pejabat jika ada ketua bahagian yang bersimpati dengan nasib kumpulan teater itu. “Saya pernah diberi amaran oleh ketua bahagian saya untuk memilih sama ada hendak terus bergiat dalam drama ataupun sebagai pelukis dan kakitangan DBP,” tulis Othman lagi. “Saya

Kembali ke atas