Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[niÖ.mat] | نعمت

Definisi : Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, ke­sedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg me­mungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleasure centrepusat seronok/ nikmatBiologiFisiologiKawasan di dalam otak seperti septum, nukleus ventromedial-hipotalamus dan berkas tengah otak hadapan, yang apabila dirangsangkan, akan memberi rasa seronok/nikmat.
free enjoymentnikmat bebasUndang-undangTiadaTiada
joie de vivrenikmat hidupSejarahTiadaTiada
acquisitive societymasyarakat nikmat hartaSejarahTiadaMasyarakat yang mengamalkan sikap kebendaan dan gemar kepada kemewahan serta kesenangan.
zikirzikirMuzikTiada

Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik.

ididPsikologiPsikologi UmumStruktur minda ciptaan Freud yang merujuk kepada kuasa yang mengawal tingkah laku berdasarkan kepada desakan untuk memuaskan dorongan asas manusia. Struktur ini dibina daripada dorongan atau desakan biologi seseorang. Id dikatakan bertindak mengikut prinsip pemuasan diri dengan memaksa individu mendapatkan nikmat hidup sepuas-puasnya tanpa menghiraukan etika atau peraturan hidup yang bertamadun.

Kembali ke atas