Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[nya.man] | ڽامن

Definisi : 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (me­nyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.man] | ڽامن

Definisi : Br; minyak ~ sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyaman (adjektif)
Bersinonim dengan segar, sihat, afiat, selesa, bersih, suci, murni, tulen, ceria, naim, cedas;,
Kata Terbitan : menyamankan, kenyamanan,

Puisi
 
Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.

Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Budaya » Plitvice Taman Dunia
hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik yang besar. Oleh sebab itu, diairi oleh kalsium gunung maka warna airnya sangat biru, malah biru-dalam, lembut, nyaman dan menyenangkan. Biru yang membuat kita terpegun oleh keluarbiasaan dan kejernihannya. Saya banyak mengembara dan banyak melihat tasik – tapi belum pernah melihat kolam sebirudalam yang jernih dan damai begini. ***** Artikel
Dewan Budaya » Kembara Seorang Penyair

Dewan Budaya » 2014 » August
kipas siling berputar seligat-ligatnya, cuba menyamankan keadaan. Namun begitu, pengunjung – Melayu, Cina dan India serta warga asing – memenuhi setiap meja di dalam kedai itu tanpa mengira hawa yang kurang nyaman itu. Tidak ketinggalan juga pengunjung yang tercegat, cuba mencari meja kosong walaupun mengetahui keadaan yang tidak begitu selesa di dalam kedai itu. Tauke pemilik kedai – berdiri di belakang kaunter bayaran
Dewan Budaya » 2018 » July
hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik yang besar. Oleh sebab itu, diairi oleh kalsium gunung maka warna airnya sangat biru, malah biru-dalam, lembut, nyaman dan menyenangkan. Biru yang membuat kita terpegun oleh keluarbiasaan dan kejernihannya. Saya banyak mengembara dan banyak melihat tasik – tapi belum pernah melihat kolam sebirudalam yang jernih dan damai begini. ***** Artikel

Kembali ke atas