Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.man] | ڽامن

Definisi : 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (me­nyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.man] | ڽامن

Definisi : Br; minyak ~ sj minyak wangi (diperbuat drpd beberapa jenis bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyaman (adjektif)
Bersinonim dengan segar, sihat, afiat, selesa, bersih, suci, murni, tulen, ceria, naim, cedas;,
Kata Terbitan : menyamankan, kenyamanan,

Puisi
 

Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terminal unitunit tamatanKejuruteraanKejuruteraan MekanikSambungan berbentuk kotak yang ditempatkan di hujung sebuah salur cabang untuk menyalur dan membekalkan udara nyaman ke kawasan yang ditentukan bagi sistem penyamanan udara. Alat ini biasanya dipasang pada sistem agihan udara nyaman untuk ruang yang sangat luas. Unit tamatan diperbuat daripada kepingan logam dan ditebat.
palatableboleh diterima/boleh dimakanPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan, rasa dan sebagainya yang sedap dan nyaman.
affectafekPerubatanTiada1. Istilah yang digunakan oleh Freud untuk menggambarkan perasaan yang tercetus, sama ada nyaman atau tidak apabila seseorang terangsang. 2. Gambaran keadaan mental berhubung dengan emosi.

Kembali ke atas