Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : alat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyiru (kata nama)
Bersinonim dengan gadang, badang, penampi.,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dianyam di tepi tasik;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu datang bawa penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gelibuh Kd Mbnyiru besar.Hidangan itu akan diisi ke dalam sebuah gelibuh, iaitu sebuah nyiru besar. Di dalam gelibuh itu harus diisi dengan beberapa benda yang akan menjadi hidangan dan santapan kepada semangat padi itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
chapan Ibnyiru yang dibuat daripada bemban atau buluh. Mempunyai dua bucu dan di hadapannya berbentuk melengkung.Baiklah, kata emaknya. Emaknya hanya dapat mendengar suara anaknya tetapi anaknya tidak kelihatan. Emaknya mengambil chapan dan meletakkan ikan di dalamnya. Kemudian emaknya pun memasak ikan itu. Setelah memasak mereka pun makan.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
riribu Kd, Bj, Tbsejenis nyiru berbentuk lonjong yang digunakan untuk menampi beras.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berayah Ibsuatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa.Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
popoiib Kdupacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi.Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas