Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : alat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyiru (kata nama)
Bersinonim dengan gadang, badang, penampi.,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dianyam di tepi tasik;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu datang bawa penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru?Kebenaran itu tak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas