Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[om.ba/] | اومبق

Definisi : ombak 1. gerakan air yg turun naik atau ber­gulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi me­nahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil ja­ngan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh men­­datangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga ta­nah tepi prb setelah beberapa lama me­nanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt om­bak; rambut pendek yg diombak-ombak ram­but yg dikeritingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[om.ba/] | اومبق

Definisi : gerakan air (di laut dsb) yg naik turun atau yg bergulung-gulung; ge­lombang kecil: ~ memecah di pantai. berombak bergerak turun naik atau bergulung-gulung (bkn air laut dsb); ber­gelombang kecil-kecil. berombak-ombak 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. mengombak (bergerak) spt ombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,

Puisi
 

Pasang ombak di laut tinggi,
     Gelombang macam di Tanjung Puri;
Jika abang berjiwa tinggi,
     Jika sungguh menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ombak yang kecil jangan diabaikan (= ditidakkan).

Bermaksud :

Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan.Pantun Melayu SarawakAgama
Tuan Katib mandi di ombak, Mandi di ombak laut Keteman; Budak kecil diberi gombak, Gombak menjadi sapu tangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang?Kurik Kundi Merah SagaBudi
Siapa suka bermain ombak, Lambat-laun pastilah karam; Siapa melupakan ibu bapak, Laknat turun mati direjam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123456

Kembali ke atas