Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rakyat biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(30)

578

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lain-lain27.10.2018
bukan rumah orang biasaUntuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata.Lain-lain21.06.2010
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dllPanggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan.Lain-lain05.06.2009
Manakah ayat yang betul? 1. Saya dan keluarga membantu jiran memunggah perabot. 2. Keluarga saya membantu jiran memunggah perabot.Tuan,

Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~ barang-barang dr kapal.

Jadi, perkataan memunggah tidak sesuai dalam konteks ayat diatas.

Kami mencadangkan perkataan mengangkat.

1. Saya dan keluarga membantu jiran mengangkat perabot.

2. Keluarga saya membantu jiran mengangkat perabot.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.08.2017
Manakah ayat yang betul? 1. Saya dan keluarga membantu jiran memunggah perabot. 2. Keluarga saya membantu jiran memunggah perabot.Tuan,

Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~ barang-barang dr kapal.

Jadi, perkataan memunggah tidak sesuai dalam konteks ayat diatas.

Kami mencadangkan perkataan mengangkat.

1. Saya dan keluarga membantu jiran mengangkat perabot.

2. Keluarga saya membantu jiran mengangkat perabot.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.08.2017
Azahari Abdullah Oct 26th, 10:30am Assalaamu'alaikum, Saya Azahari Abdullah dari Kuantan. Saya pesara, orang biasa, bukan pakar Bahasa Melayu dan tiada latar belakang Pendidikan Bahasa Arab. Namun saya mempunyai minat yg sangat tinggi dalam memperkasa Bahasa Melayu di dalam Penterjemahan Al-Quran. Saya ada beberapa idea dan pandangan, serta keinginan dan cita-cita yg mendalam ke arah itu. Adakah sesiapa (seorang atau beberapa orang) di dalam DBP yang boleh saya hubungi/temui/jadikan sahabat untuk mendengar idea dan pandangan saya? Jika ada, mohon dapatkan saya e-mel atau no.telefonnya untuk SMS atau Whatsapp, atau Facebook dan seumpamanya. Jika boleh beliau/mereka adalah di kalangan yg mahir/pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Arab khususnya Al-Quran. Sekian. Didahului ucapan terima kasih. Jika perlu respon melalui telefon saya, nombornya 60129549456 (Boleh Whatsapp atau Telegram)Tuan boleh berkongsi pandangan atau pendapat tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Untuk makluman tuan juga, DBP tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan penterjemahan al-Quran. Ada baiknya tuan berhubung terus dengan pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Lain-lain26.10.2014
Adakah perkataan 'berkenan' khas digunakan oleh raja, Tuhan atau mana-mana orang yang bermartabat sahaja?Kata "berkenan" boleh digunakan oleh orang yang bergelar atau orang biasa namun ada sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Sila lihat contoh ayat yang berikut: Maka Sultan Mansor Shah pun berkenan mendengar bunyi surat itu; yang mana berkenan pada encik, ambillah ...Tatabahasa24.08.2011
Bolekah 'hamba' digunakan semasa berbicara dengan sultan?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa03.02.2016
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Tatabahasa02.03.2013
Apakah perbezaan cara penggunaan antara perkataan "hamba", "patik" dan "tuan hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Istilah12.10.2015
1234567

Kembali ke atas