Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : ; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unquenchableadj tdk habis-habis; (of fire) tdk padam-padam: the ~ thirst of someone suffering from diabetes, rasa dahaga seseorang penghidap kencing manis yg tdk habis-habis; his ~ enthusiasm for reading, keghairahannya yg tdk habis-habis utk membaca.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obliteratec. efface, (act.) menyebabkan [sst] padam; (pass.) padam; d. cover completely, hide, melindungi; (sun etc) menutup, melindungi: thick clouds of smoke that almost ~d the view, kepulan asap tebal yg hampir melindungi pemandangan; 2. forget, melupakan; (memory) meluputkan: I wish I could ~ the past and start life afresh, alangkah baiknya kalau saya dapat meluputkan kenangan masa lampau dan memulakan penghidupan baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undyingadj tak kunjung padam: ~ devotion to the cause, pengorbanan yg tak kunjung padam thdp perjuangan itu; they have earned our ~ contempt, kebencian kami yg tak kunjung padam thdp mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burn~ out, a. also ~ itself out, become extinguished, padam: the fire finally ~t out, api itu akhirnya padam; b. be gutted, destroyed (by fire) habis /terbakar, hangus/: the building was ~t out, bangunan itu habis terbakar; c. stop working, rosak: the engine has ~t out, enjin itu rosak; ~ os out, stop being active, kehabisan tenaga: he will ~ himself out before he’s 40, dia akan kehabisan tenaga sebelum berusia 40 tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
daisyn bunga daisi; so. is pushing up daisies, (humorous) sudah padam: he’s been pushing up daisies for the last ten years, dia sudah padam selama sepuluh tahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effacevt 1. erase, (act.) memadamkan; (pass.) padam: the drawing on the wall had been ~d, lukisan-lukisan pd dinding itu telah padam; 2. forget, melupakan: he tried very hard to ~ the memory of the awful incident, dia sedaya upaya mencuba melupakan peristiwa yg dahsyat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush1vi 1. redden, menjadi merah, memerah; (in anger), (menjadi) merah padam: she ~ed at the compliment, mukanya menjadi merah krn dipuji; his face ~ed with anger, mukanya merah padam krn marah; 2. (of toilet) dipam: the toilet won’t ~, jamban itu tdk dapat dipam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obliterationn act of, a. (destroying completely) pemusnahan, penghapusan, pembinasaan; b. (effacing) menyebabkan [sst] padam: wind and rain had caused the partial ~ of the inscription, angin dan hujan menyebabkan sebahagian drpd inskripsi itu padam; c. (erasing) pemadaman; d. (forgetting) melupakan; (memory) meluputkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackadj 1. (rel to colour) hitam: ~ hair, rambut hitam; ~ car, kereta hitam; 2. (of face) merah padam: his face was ~ with rage, mukanya merah padam keberangan; 3. dark-skinned, berkulit hitam: a ~ woman, perempuan kulit hitam; 4. without light, gelap: ~ night, malam yg gelap; 5. (of clouds) hitam; 6. soiled, hitam: the mechanic’s hands and shirt are ~, tangan dan baju mekanik itu hitam; ~ factory chimney, serombong kilang yg hitam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
erasuren (fml) 1. act, instance of erasing, pemadaman; 2. letter, word that has been erased, /bekas, tanda/ padam: his essay is full of ~s, eseinya penuh dgn bekas padam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas