Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : ; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dam] | ڤادم

Definisi : 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (ke­marahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda­-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput se­suatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
api nan tak kunjung padamsemangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam­-padam).Kamus Dewan Edisi Keempat
nafsuAr 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk me­lakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh me­lakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan ke­inginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark ke­mahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
meredamkurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
redam I= redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali; meredamkan menjadikan redam; peredaman perihal meredamkan; peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunjung IIMn lekas, segera, mungkin; tak (tidak) ~ tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi; tak ~ datang tidak segera (mungkin) datang; tak ~ padam; tidak ~ tiba; tak ~ tidak tentu, pasti; api nan tak ~ padam semangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam­-padam).Kamus Dewan Edisi Keempat
meredam padampadam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
padam1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padam II; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah).Kamus Dewan Edisi Keempat
padam nyawa (hayat)mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas