Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hantap[hAn.tAp]kata adjektifberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; antap.Baru tiga bulan, anak hang ni hantap sunggoh.[bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni hAn.tAp suN.goh]Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh.
antap[An.tAp]kata adjektifberkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap.Baru tiga bulan, anak hang ni antap sunggoh.[bA.Òu ti.gA bu.lAn A.nA/ hAN ni An.tAp suN.goh]Walaupun baru tiga bulan, tubuh anak engkau ini montel sungguh.

Kembali ke atas