Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » January
bait puisi mempesona yang turut diterjemahkannya: Gitanjali (Tagore), Rubaiyyat (Omar Khayam) di samping puisi-puisi klasik Tao Te Ching karya Lao Tzu. Kemudian, mempengaruhi Latiff untuk mencipta ungkapan ringkas dan padat yang berkecenderungan pemikiran atau falsafah, sebagaimana mereka, seperti yang terpancar dalam dua buah buku terbaharunya. Puisi-puisi Melayu tahun 1950-an dan 1960-an, yakni dekad-dekad yang belum merakamkan kemasukan Latiff dalam genre ini, pada umumnya sarat dengan mesej atau amanat.Tema nasionalisme dalam pelbagai cabang kehidupan, juga tema pengisian kemerdekaan, mendominasi kebanyakan puisi.Tema ini padat kata-kata, dan kadang kala penuh retorik, hingga yang lebih diutamakan ialah aspek pemikiran yang abstrak.Tiada salahnya puisi-puisi seperti ini, selagi dicipta berdasarkan strategi puisi yang menekankan keringkasan
Dewan Budaya » 2017 » May
persembahan warisan tersebut, baik dalam bentuk tarian, nyanyian mahupun teater tradisional, penting dipertahankan. Amatlah malang jika seni persembahan itu hanya dapat dibaca dalam buku atau hanya dapat ditonton melalui cakera padat dan video atau YouTube pada masa depan. Amatlah malang jika seni warisan bangsa terhakis dan terpadam daripada khazanah budaya bangsa semata-mata kerana kemodenan dan teknologi, dan keghairahan terhadap hiburan

Kembali ke atas