Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dalam nafta. (KEJ) claystone (batu lempung) Batuan sedimen klas atau gersik yang terbina daripada butiran yang keba- nyakannya bergred saiz lempung atau terbina daripada mineral lempung. Batu ini padu lagi padat dan bersifat plastik terutamanya dalam keadaan basah. Batu ini juga tidak bersifat mudah menyerpih seperti syal. (KEJ) clean data (data bersih) 1. Data berguna yang diproses daripada data mentah. 2 taburan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di beberapa habitat. (BIO) compacting factor test (ujian faktor memadat) Kaedah pengujian konkrit baru untuk menentukan kebolehkerjaannya. Faktor memadat dikira sebagai nisbah berat konkrit separa padat berbanding dengan berat konkrit yang dipadat sepenuhnya. (KEJ) common bolt compacting factor test Kamus Sains.indb 224 7/8/08 11:48:38 AM 225 compartmentalization estimate of fixed capital

Kembali ke atas