Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
padatpadatKesenianTiadaKeadaan corak yang terlalu kecil dan rapat sehingga menghilang ruang tanah.
close packingsusunan padat; kemasan padatFarmasiTiadaTiada
heavy storycerita padat; berita padatKomunikasiTiadaTiada
consolidationkonsolidasiPerubatanTiadaKeadaan apabila tisu yang seharusnya lembut dan tidak padat menjadi padat dan keras. Misalnya, lobus peparu yang dipenuhi eksudat semasa pneumonia.
spongy mesophyllmesofil tak padatBiologiHistologi dan SitologiMesofil yang terdiri daripada sel-sel yang tidak mempunyai bentuk tertentu dan dipisahkan di antara satu dengan yang lain oleh satu ruang antara sel yang luas. Bahagian ini terletak di atas lapisan epidermis bawah, bahagian dorsoventral daun dan banyak mengandungi kloroplas. lapisan tak padat; parenkima tak padat; tisu tak padat.
compact disk (CD)cakera padat (CD)Teknologi MaklumatTiadaMedia storan optik yang diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982. CD pada asalnya digunakan untuk menyimpan audio digital sahaja, tetapi kini boleh menyimpan sebarang maklumat komputer digital. Lazimnya diameter cakera padat adalah 12cm. Cakera padat lebih dikenali dengan akronim CD. Satu CD mampu menyimpan sehingga 650MB iaitu menyamai kapasiti 1500 cakera liut. Lihat cakera optik. Sinonim CD-ROM.
hexagonal close-packedpadat rapat heksagonKimiaTiadaSusunan padat zarah dalam keadaan pepejal, dengan zarah yang tersusun dalam lapisan kedua terletak pada lekuk yang terhasil daripada susunan zarah dalam lapisan pertama, dan zarah yang tersusun dalam lapisan ketiga terletak setentang dengan zarah dalam lapisan pertama.
compact bonetulang padatPerubatanTiadaBahagian luar tulang yang keras, padat, berlakuna dan kanalikuli.
CD-RCakera padat-baca (CD-R)Teknologi MaklumatTiadaAkronim untuk cakera padat boleh rekod. Teknologi CD yang membenarkan sesuatu CD ini dirakam atau ditulis menggunakan pemacu CD-R yang menggunakan teknologi laser. Teknologi ini tidak membolehkan data dipadam setelah ditulis. CD-R boleh dibaca melalui pemacu CD biasa setelah proses perakamannya ditutup atau ditamatkan.
CD-Rcakera padat-baca (CD-R)Teknologi MaklumatTiadaAkronim untuk cakera padat boleh rekod. Teknologi CD yang membenarkan sesuatu CD ini dirakam atau ditulis menggunakan pemacu CD-R yang menggunakan teknologi laser. Teknologi ini tidak membolehkan data dipadam setelah ditulis. CD-R boleh dibaca melalui pemacu CD biasa setelah proses perakamannya ditutup atau ditamatkan.
12345678910...

Kembali ke atas