Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.du] | ڤادو

Definisi : bkn atau mempunyai bentuk kiub: sukatan ~ sistem satuan utk menyukat isi padu yg berdasarkan meter padu, kaki padu dsb: satu desimeter ~ isi padu sesuatu kiub yg mempunyai sempadan satu desimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
solid 3. not hollow, padu: a ~ steel rod, batang keluli yg padu; a cricket ball is ~ but a tennis ball is hollow, bola kriket padu, tetapi bola tenis lompang; ~ tyre, tayar /padu, mati/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
band1vi often ~ together, unite, bersatu (padu): they ~ed together to resist the terrorists, mereka bersatu padu utk menentang pengganas-pengganas itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubicadj 1. in the shape of a cube, (berbentuk) /kubus, kiub/: ~ blocks, blok-blok kiub; 2. (in units of volume) padu: ~ metre, meter padu; 1,300 ~ centimetre capacity, keupayaan 1,300 sentimeter padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cohesiveadj 1. characterized by, causing cohesion, jeleketan: ~ force, daya jelekitan; 2. tending to cohere, padu: a ~ group, kumpulan yg padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
volume3. complete set of issues of a periodical over a specified period, jilid: the 1989 ~ of the journal, jilid jurnal tahun 1989; 4. size of a solid thing or space, isi padu: to measure the ~ of a sphere, mengukur isi padu sfera; the ~ of the container is 8,000 cubic metres, isi padu bekas itu ialah 8,000 meter padu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stay 1 b. continue having good relationship with another, hidup bersama; c. continue to be united, bersatu padu: the party ~ed together in spite of its many problems, parti itu masih bersatu padu meskipun menghadapi masalah yg banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
volumetricadj isi padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
specific volume n isi padu tertentu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
solid angle n sudut padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cubic measuren sukatan padu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas