Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.du] | ڤادو

Definisi : bkn atau mempunyai bentuk kiub: sukatan ~ sistem satuan utk menyukat isi padu yg berdasarkan meter padu, kaki padu dsb: satu desimeter ~ isi padu sesuatu kiub yg mempunyai sempadan satu desimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excess volumeisi padu lebihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara isi padu larutan dengan isi padu larutan unggul (bukannya gas unggul) yang dijelaskan sebagai VE = V-VID = V-SXjVj, dengan VE = isi padu lebihan m3/mol), V = isi padu larutan (m3/mol), Vj = isi padu tulen komponen j (m3/mol), x = pecahan mol komponenj, VID = isi padu larutan unggul.
volumetric change of mixingperubahan isi padu pencampuranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara isi padu larutan sebenar dengan jumlah isi padu spesies tulen yang dijelaskan sebagai DV = V � Sxj Vj , dengan DV = perubahan isi padu pencampuran, V = isi padu larutan sebenar, Vj = isi padu spesies tulen, xj = pecahan mol. Perubahan isi padu pencampuran adalah sepadan dengan isi padu lebihan VE, iaitu DV = VE.
residual volumeisi padu baki; isi padu sisa; isi padu rejaMatematikTiadaTiada
residual volumeisi padu baki; isi padu sisa; isi padu rejaPerubatanTiadaTiada
molar volume from partial volumeisi padu molar daripada isi padu separaKejuruteraanKejuruteraan KimiaJumlah kesemua isi padu separa spesies yang terdapat di dalam sesuatu larutan yang diungkapkan sebagai dengan V = isi padu molar (m3/mol), x = pecahan mol, = isi padu separa (m3/mol) subskrip j = komponen spesies j.
volumeisi paduKimiaTiadaUkuran ruang yang ditempati oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau kaki padu. Unit-unit lain yang lazim digunakan ialah liter dan desimeter padu.
volume expansivity coefficientpekali pengembangan isi paduKejuruteraanKejuruteraan KimiaKadar isi padu sesuatu bendalir yang bertukar dengan perubahan suhu per unit isi padu bendalir. Pekali ini diungkapkan sebagai dengan b = pekali pengembangan isi padu, V = isi padu, T = suhu, P = tekanan.
residual volumeisi padu residuKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara isi padu gas sebenar V dengan isi padu gas unggul (RT/P) yang dijelaskan sebagai VR = V � RT / P, dengan T = suhu, V = isi padu, P = tekanan, VR = isi padu residu. Kesemua unit bergantung pada pilihan unit pemalar gas semesta R. Isi padu residu digunakan untuk menentukan tenaga residu Gibbs dan seterusnya sifat termodinamik bendalir yang lain.
molar volumeisi padu molarKimiaTiadaIsi padu satu mol bahan pepejal, cecair, atau gas. Kesemua bahan yang disukat pada suhu dan tekanan yang sama mempunyai isi padu molar, Vm, yang hampir sama. Pada suhu dan tekanan piawai (0oC, 1 atm) isi padu molar gas unggul ialah 22.4 dm3 dan isi padu molar gas sahih juga hampir sama dengan nilai tersebut. Sin. isi padu mol, isi padu molal.
cubic measuresukatan paduMatematikTiada1. Sukatan padu untuk isi padu. 2. Sukatan yang unitnya panjang kuasa tiga.
12345678910...

Kembali ke atas