Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pa.du] | ڤادو

Definisi : bkn atau mempunyai bentuk kiub: sukatan ~ sistem satuan utk menyukat isi padu yg berdasarkan meter padu, kaki padu dsb: satu desimeter ~ isi padu sesuatu kiub yg mempunyai sempadan satu desimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.du] | ڤادو

Definisi : 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

Lihat selanjutnya...(4)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » April
keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Sebagai contoh, sewaktu pembinaan Tembok Besar pada zaman dinasti Ming (1368–1644), penggunaan batu dan bata mencatat 5000 meter padu, sementara tanah sebanyak 150 juta meter padu. Jika diturap menjadi jalan yang selebar 10 meter dan setebal 35 sentimeter, panjangnya mampu mencapai dua kali lingkaran bumi! Projek Tembok Besar memang sungguh megah. Jumlah pekerja yang membina Tembok
Dewan Budaya » Bersusila dalam Kehidupan
daripada sejarah 13 Mei 1969, iaitu tragedi yang menghuru harakan rakyat pada masa itu.Oleh itu, pengenalan lima prinsip ini bertujuan membetulkan sikap masyarakat dalam usaha melahirkan generasi yang bersatu padu dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Tanpa penghayatan dan pembudayaan prinsip Rukun Negara ini, maka akan ada lebih banyak lagi cerita yang kurang baik tular di media sosial
Dewan Budaya » 2012 » December
untuk mengharungi gelombang pelayaran di maya luas. Raja laksana nakhoda, negara bangsa laksana bahtera, laluan yang ditempuhi laksana gelombang pelayaran. Yang diperlukan, kebijaksanaan dan kearifan nakhoda, melayari bahtera dalam keadaan padu dan selamat agar tidak tenggelam dalam badai gelombang samudera.” Baginda mengimbas sejarah fungsi dan peranan institusi Raja dalam masyarakat Melayu yang akhirnya membentuk sebuah negara bangsa pada tahun 1957. Baginda
Dewan Budaya » 2018 » September
daripada sejarah 13 Mei 1969, iaitu tragedi yang menghuru harakan rakyat pada masa itu.Oleh itu, pengenalan lima prinsip ini bertujuan membetulkan sikap masyarakat dalam usaha melahirkan generasi yang bersatu padu dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Tanpa penghayatan dan pembudayaan prinsip Rukun Negara ini, maka akan ada lebih banyak lagi cerita yang kurang baik tular di media sosial
Dewan Budaya » Nota Editor

Dewan Budaya » 2012 » April
nombor ordinal, waktu (hari, bulan, tahun), unit sukatan dan unsur mantik. Orang Melayu dahulu mempunyai sistem ukuran (jarak, panjang, lebar, saiz dan sebagainya) serta sukatan (masa, amaun, berat dan isi padu) mereka tersendiri, seperti juga bangsa bertamadun lain yang sezaman dengannya. Unit ukuran dan sukatan yang digunakan dahulu berbeza daripada unit ukuran yang digunakan sekarang. Unit tersebut berdasarkan pengalaman seharian, keadaan
Dewan Budaya » 2014 » August
mana-mana pihak. Yang terbaik sekali ialah dalam proses penyusunan itu, tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dan syak wasangka. Untuk menjamin keutuhan dan kekuatan Malaysia, rakyat wajib bersatu padu serta berkongsi aspirasi negara yang sama. Perpaduan itu dapat dicapai melalui pembentukan bangsa Malaysia yang, sungguhpun mempunyai pelbagai etnik, agama, kepercayaan, kelas dan wilayah, masih mampu berkongsi satu bahasa dan
Dewan Budaya » 2014 » October
warna” negara ini bercakap baik tentang apa-apa sahaja kepada sesiapa sahaja pada sepanjang masa, bukan hanya selama 17 hari setahun. Kita mahu rakyat Malaysia pelbagai kaum dan etnik bersatu padu berdiri teguh di bawah satu bendera – Jalur Gemilang – membentuk dan membina sebuah negara bangsa yang kukuh, yang disegani dan dihormati seantero dunia. Salam Aidiladha 1435. Armin Azhari Saleh Artikel ini
Dewan Budaya » 2015 » February
dan bukan kerajaan. Sumbangan ini belum termasuk dana kewangan. Inilah budaya molek rakyat negara ini – amat murah menghulurkan sumbangan dan bantuan. Pada hakikatnya, penduduk Malaysia mampu mengetepikan perbezaan untuk bersatu padu menghadapi satu musuh yang sama. Dalam hal ini, bah. Bayangkan keadaan negara jika budaya ini dapat diamalkan sepanjang masa. Barangkali hal itu hanya angan-angan Mat Jenin. ********** Daripada-Nya kita
Dewan Budaya » 2015 » July
Bagi Shamsul Amri Baharuddin, “Keterbukaan pihak kementerian dalam mentafsir budaya Malaysia amat menarik kerana hal ini berkaitan dengan konsep Wawasan 2020, yang akhirnya bertujuan untuk mewujudkan ‘bangsa Malaysia’ yang bersatu padu pada tahun 2020 dengan menggunakan acuan masyarakat Malaysia. Ternyata ‘acuan’ tersebut bersifat inklusif , yakni memasukkan komponen budaya kaum bukan Melayu juga, dan tidak lagi berunsur eksklusif, yakni semata-mata mengandungi
?feed=atom
daripada sejarah 13 Mei 1969, iaitu tragedi yang menghuru harakan rakyat pada masa itu.Oleh itu, pengenalan lima prinsip ini bertujuan membetulkan sikap masyarakat dalam usaha melahirkan generasi yang bersatu padu dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Tanpa penghayatan dan pembudayaan prinsip Rukun Negara ini, maka akan ada lebih banyak lagi cerita yang kurang baik tular di media sosial
?feed=rss2

Kembali ke atas