Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/] | ڤق

Definisi : IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg ber­lanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau membo­rong sesuatu dgn cara pak (pajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll); mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/] | ڤق

Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg ber­janggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak

Puisi
 

Pak haji memakai jubah,
     Jubah dibuat negeri Selibis;
Kasih kekal tiada berubah,
     Putus jiwa bersama habis.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Malang Pak Kaduk,
     ayamnya menang kampung tergadai.

Bermaksud :

Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wong nga pak/wong ngah pak(Brassica chinensis var.pekinensissawi daun (Brassica chinensis var. pekinensis)PertanianTiadaTiada
pak choysawi putihPertanianTiadaTiada
gravel-to-stand rationisbah kerikil pasirKejuruteraanPetroleumNisbah saiz butir kerikil terhadap saiz butir pasir formasi. Kerikil yang dimaksudkan adalah kerikil yang digunakan dalam pak kerikil. Parameter ini penting dalam perencanakan pak kerikil. Jika nisbah ini terlalu besar, pasir formasi akan memasuki pak kerikil sehingga mengurangkan nilai ketertelapan pak kerikil. Akibat daripada kejadian ini, kemampuan telaga untuk mengeluarkan minyak akan berkurangan.
folding boxboardpapan pak lipatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan kertas yang mempunyai ciri lipat dan ketegaran yang baik, yang dibuat daripada pulpa kertas buangan atau campuran pulpa kertas buangan, dan pulpa mekanikal. Papan pak lipat terdiri daripada satu lapisan atau lebih, dan boleh disalut dan diwarna. Papan pak lipat banyak digunakan sebagai pembungkus barang-barang siap serperti kotak susu, kotak minuman dan makanan.
open-hole gravel packpak kerdikil lubang terbukaKejuruteraanPetroleumKaedah menempatkan pak kerikil di dalam lubang telaga yang tidak didindingi oleh sebarang salut seperti selongsong atau pelapik. Dalam kaedah ini selongsong hanya dipasang hingga bahagian atas jeda/interval pengeluaran. Kemudian formasi pengeluaran digerudi dan pembesaran lubang dilakukan. Berikutnya kerikil akan ditempatkan memenuhi lubang telaga tersebut yang telah diperbesar.
cased-hole gravel packpak kerdikil lubang bersalutKejuruteraanPetroleumSuatu kaedah pemasangan pak kerikil iaitu kerikil ditekan/dipamkan melalui lubang tebukan pada selongsong masuk ke dalam formasi pengeluaran. Berbeza dengan kaedah lubang terbuka, di sini lubang telaga bahagian yang berhadapan dengan formasi disaluti oleh selongsong atau pelapik. Kerikil ditahan daripada mengalir bersama minyak dengan cara memasang penapis di dalam telaga.
periodontal packpak periodontiumPerubatanTiadaDresing untuk luka akibat pembedahan periodontium. Menyediakan matriks untuk pengeneratan tisu dan mempercepatkan penyembuhan. Sinonim pak periodontium.
gravel packingpadatan kerikil atau pak kerikilKejuruteraanPetroleumKaedah mengawal pasir formasi daripada memasuki lubang telaga semasa pengeluaran berlangsung. Dalam kaedah ini sejumlah kerikil yang terpilih, dengan ukuran tertentu, ditempatkan di hadapan formasi. Kerikil-kerikil ini akan bertindak sebagai penuras, tempat bendalir bebas melaluinya tetapi pepejal formasi akan tertahan. Terdapat berbagai-bagai teknik penempatan kerikil yang boleh digunakan, seperti pak kerikil lubang terbuka dan pak kerikil lubang bersalut, bergantung pada keadaan telaga dan formasi. Kaedah ini digunakan pada formasi-formasi yang tidak pejal, yakni peroi.
operating packpak pengendalianKomputerTiadaTiada
nasal packpak hidungPerubatanTiadaPembalut yang dimasukkan dalam hidung untuk mengawal perdarahan.
1234

Kembali ke atas