Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai; berpantai mempunyai pantai; memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantai (kata nama)
Bersinonim dengan pesisir, pesisiran, tebing, pinggir laut, tepi laut;,
Kata Terbitan : berpantai,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Lembah diraih,
     pantai dititi.

Bermaksud :

Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » November
November 1st, 2014 Oleh: Faizal Sidek Dilahirkan di Panchur, Pekan, Pahang, pada 61 tahun dahulu, nama Mohd. Shaimy Hashim bukanlah asing kepada dunia seni lukis di negeri itu, malah di Pantai Timur amnya. Mohd. Shaimy, yang telah berkarier selama lebih daripada 40 tahun, bukan sahaja artis beraliran surealisme, malah pentadbir persatuan seni yang disegani. Pengerusi Senika (Persatuan Seni Lukis dan Seni dalam Senikini keluaran 19; saya juga sidang editorialnya. Pengkisahan saya dalam penulisan itu seputar mengenai bidang pengkoleksian amalan Balai Seni Visual Negara. Saya turut menyentuh perihal landskap seni lukis di Pantai Timur secara sepintas lalu dengan memberikan penekanan kepada pelukis Pahang dalam pengkoleksian Balai Seni Visual Negara. Oleh sebab pada ketika itu saya kurator di Bahagian Koleksi, penyelidikan dan penulisan saya
Dewan Budaya » 2011 » December
batang kayu kecil. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember 2011. Posted in: Uncategorized 0 Comments Rodat Pengisian Kehidupan admin on December 24th, 2011 OLEH JAJA ALI Terletak di pantai timur, Semenanjung Malaysia, Terengganu, yang berkeluasan 12 955 kilometer dan dihuni masyarakat pelbagai kaum, merupakan antara negeri yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Salah satunya ialah rodat yang merupakan 29 September 1509, apabila kapal pedagang Portugis melabuhkan sauh di perairan pelabuhan. Bendera pelbagai warna berkibar tanpa henti dan sejurus kemudian kedengaran bedilan meriam dan tiupan trompet. Keadaan di tepi pantai sesak, dari serata pelosok kampung, banyak orang berkumpul untuk menyaksikan agenda yang berlaku. Ketibaan orang asing menimbulkan seribu tanda tanya. Menurut pengarang, dalam masa 109 tahun semenjak Melaka dibuka, kemasyhuran
Dewan Budaya » 2012 » January
Karim (lakonan Aaron Aziz), anak Encik Haris dan Puan Rohana, mula jatuh hati kepada Mazni. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Januari 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Mengejar Pantai Kata, Phuket admin on January 20th, 2012 Oleh: Muhammad Haji Salleh Perjalanan udara saya ke Pulau Phuket (nama asalnya Bukit) membawa dua citra tipis berkabus. Satunya citra seluruh bahagian Pulau yang berpawai antara biru tua dengan biru hijau karang. Pertama kali saya memantau kepulauan lebih 100 buah ini, dari sisi barat. Kapal terbang menuju ke utara. Di deretan tingkap kanan pantai panjang ialah Semenanjung Kra, sekurang-kurangnya 20 kilometer pasir dan tebing memalit kaca penglihatan. Ada pantai pasir dan ada pula tebing yang muncul dari laut, kebiru-biruan dan ada pula
Dewan Budaya » 2015 » March
disediakan, khususnya untuk pedagang di Melaka. Kemudahan, seperti gudang penyimpanan bekalan dan tempat penginapan, disediakan untuk memudahkan urusan perdagangan antara pedagang dari Arab, China, Indo-China, Sumatera, Kalinangara, Malabar dan pantai Coromandel (Kalinggapatinam, Tamil Nadu, Kanchipuram, Nagapattiam, Mamallapuram dan Kavaripatitinam). Kawalan keselamatan di perairan Melaka diperkenalkan untuk melindungi pedagang daripada ancaman lanun. Transformasi yang dilakukan oleh Parameswara, selaku pengasas Melaka pada awal kurun ke-14, memungkinkan Melaka berkembang menjadi pelabuhan yang popular dalam kalangan pedagang dan seterusnya menjadikannya sebagai pelabuhan yang termasyhur di Asia Tenggara. Pedagang dari pantai Coromandel terpaksa tinggal di Melaka untuk satu jangka masa yang panjang, sementara menanti perubahan angin monsun untuk pulang ke India bagi mendapatkan bekalan dan barangan untuk berdagang. Oleh sebab sifat
Dewan Budaya » 2013 » April
yang dikasihi, Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah lain sejauh sehingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan
Dewan Budaya » 2012 » November
kepercayaan, budaya hidup, pakaian, makanan, hasil kraf tangan, dan tarian yang berbeza mengikut etnik yang mengamalkannya. Antara etnik yang terkenal di Sabah termasuklah etnik Suluk yang banyak menetap di kawasan pantai timur.Walaupun mereka berasal dari Filipina, mereka merupakan bumiputera Sabah yang beratus-ratus tahun tinggal di negeri ini.Tekanan daripada pemerintahan Filipina terhadap golongan Islam, seperti Bajau, Suluk, dan Iranun
Dewan Budaya » 2015 » May
dan tidak berterus-terusan mendongak ke langit. Jika diimbas kembali sekitar tahun 1400 hingga 1403, seorang putera bernama Parameswara, yang berasal dari Palembang berketurunan Srivijaya, telah melarikan dari Temasek ke pantai barat Semenanjung Melayu kerana khuatir ditawan oleh seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama. Penghijrahan Parameswara membawa lembaran baharu kepada kawasan tersebut apabila dia menubuhkan kerajaan yang dikenali
Dewan Budaya » 2015 » June
hasil binaan orang Melayu tanpa menggunakan pelan dan hanya berdasarkan pengalaman itu kekal bertahan hingga hari ini atau seperti telur di hujung tanduk? Terengganu, yang merupakan negeri yang mempunyai keluasan pantai dan laut yang luas dan panjang di Semenanjung, mempunyai tukang kapal antara 60 orang hingga 100 orang sekitar tahun 1950-an. Hal ini membuktikan betapa rancaknya dunia perkapalan dibangunkan di
Dewan Masyarakat | “Menghormati” Gunung Kinabalu
atau rekahan aktif yang berlaku di kawasan yang terlibat. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu, kumpulan penyelidik Geokejuruteraan dan Geobencana, Universiti Teknologi Malaysia, mendapati pantai timur Sabah dikesan terdedah dengan risiko gempa bumi akibat berlaku rekahan aktif yang bersifat dinamik dan sentiasa bergerak. Oleh itu, kajian perlu dilakukan segera dan pemakluman awal perlu dihebahkan kepada
Dewan Masyarakat | Serantau
meneruskan kelangsungannya. Cuba juga berjaya menafikan ramalan bahawa negara itu tidak dapat bertahan berikutan keruntuhan penyokong kuatnya, iaitu Kesatuan Soviet. Share Pemimipin Termuda Blok Komunis Serantau Beberapa roket dilancarkan ke pantai timur Korea Utara untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat (AS), bahawa Korea Utara masih mampu mempertahankan negara meskipun pemerintahan Jong-il sudah berakhir. Share Lee Hsien Loong Gaji Termahal di Dunia
Dewan Masyarakat | Antarabangsa
Antarabangsa Dalam masa 10 tahun, tiga daripada lima ekonomi terbesar adalah dari Asia dan salah sebuah negara tersebut ialah China. Share Pemimipin Termuda Blok Komunis Serantau Beberapa roket dilancarkan ke pantai timur Korea Utara untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat (AS), bahawa Korea Utara masih mampu mempertahankan negara meskipun pemerintahan Jong-il sudah berakhir. Share « Rencana Terdahulu Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan
Dewan Budaya » Gatra Perdana
oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongannya yang unik dan tersendiri. Daripada warisan sejarah silam, keindahan alam semula jadi, kejernihan pantai dan pulau, serta kepelbagaian budaya masyarakat majmuk yang menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia ke negara ini. Tahun 2000 melakar sejarah apabila buat julung kalinya Malaysia menerima pengiktirafan UNESCO apabila
Dewan Budaya » 2012 » March
kaum pula memakainya ketika turun ke laut. Suku kaum Melanau di Sarawak memakai terendak yang dikenali sebagai “Terendak Matu”. Mereka memakai terendak ini ketika menghadiri Pesta Kaul atau Pesta Memuja Pantai. Terendak Matu dibuat daripada dahan pokok sagu atau rumbia. Bahagian bingkai terendak dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaannya. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya
Dewan Budaya » 2018 » July
oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongannya yang unik dan tersendiri. Daripada warisan sejarah silam, keindahan alam semula jadi, kejernihan pantai dan pulau, serta kepelbagaian budaya masyarakat majmuk yang menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia ke negara ini. Tahun 2000 melakar sejarah apabila buat julung kalinya Malaysia menerima pengiktirafan UNESCO apabila

Kembali ke atas