Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tai] | ڤنتاي

Definisi : 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai; berpantai mempunyai pantai; memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantai (kata nama)
Bersinonim dengan pesisir, pesisiran, tebing, pinggir laut, tepi laut;,
Kata Terbitan : berpantai,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Lembah diraih,
     pantai dititi.

Bermaksud :

Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
littorallitoralPerhutananPengurusan HutanTumbuh di pantai atau berhampiran dengan pantai.
beach foresthutan pantaiLandskapTiadaHutan yang terdapat di kawasan pantai dan mempunyai ciri-ciri seperti pokok bakau, ru pantai, penaga laut dan sebagainya.
backswamp zonezon rawa pantaiLandskapTiadaKawasan berair yang terletak di antara pantai dan laut. Sinonim mintakat rawa pantai.
beach pebblekerakal pantaiLandskapTiadaKerikil pantai bersaiz sederhana, bulat dan licin. Bahan licin digunakan dalam landskap untuk estetik atau sungkupan.
undang-undang laut dan pantaimarine and coastal lawUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian dalam undang-undang antarabangsa awam yang berurusan dengan isu-isu maritim. Undang-undang laut dan pantai mungkin dilihat serupa dengan maksud undang-undang maritim, tetapi ia mempunyai makna yang sangat berbeza. Undang-undang laut dan pantai merujuk kepada perkara undang-undang antarabangsa awam seperti perkara yang berkaitan dengan laut lepas dan negara pesisir, manakala undang-undang maritim memperkatakan tentang perundangan yang mengawal isu yang berkaitan kapal dan perkapalan, kontrak, tort serta isu-isu lain yang melibatkan penghantaran.
backswamp zonemintakat rawa pantaiLandskapTiadaLihat zon rawa pantai.
beach foresthutan pantaiPerhutananPengurusan HutanKawasan hutan yang membentuk satu jaluran sempit di sepanjang pantai yang berpasir dan berbatu kecil. Pembentukannya sangat dipengaruhi pasang surut air laut. Contohnya, Hutan Temak Batu di Pulau Rebana, Perlis.
mistralmistralMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut atau udara yang bertiup di laut persisiran pantai utara Mediterranean dari Ebro ke Genoa. Angin ini bertiup kuat, berbadai, sejuk dan kering. Aning ini bertiup paling kencang di pinggir pantai Languedoc dan Provence, terutamanya di Delta Rhone dan sekitarnya. Di pinggir pantai, angin ini berkelajuan 40 knot tetapi di Delta Rhone kelajuannya boleh mencapai sehingga 75 knot.
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
coastal gardentaman persisirLandskapTiadaKawasan berlandskap yang dibina di kawasan pantai dan biasanya mengandungi tumbuhan asli di kawasan tersebut serta reka bentuk yang sesuai dengan kawasan pantai berkenaan.
123456789

Kembali ke atas