Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaranTatabahasa18.06.2023
1.Di pasaran atau dalam pasaran? 2.Saya tertarik oleh keindahan Pulau Tioman atau saya tertarik dengan Pulau Tioman? 3.Banyak pelajar tidak hadir atau ramai pelajar tidak hadir

1. Dalam pasaran. 2. Saya tertarik dengan keindahan Pulau Tioman. 3. Kedua-dua boleh digunakan.

Tatabahasa09.08.2008
Apakah istilah untuk "Market Insight" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah "Tinjauan Pasaran" atau "Penelitian Pasaran" digunakan? Sekian, terima kasih.Istilah market Insight masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan yang sesuai bagi istilah Market Insight ialah Matlamat PasaranMakna17.04.2017
Penggunaan perkataan "lagi" mesti di hadapan atau belakang objek. A. Meluaskan lagi pasaran B. Memperluas pasaran lagi Mana yang betul, A atau B? Sekian, Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain18.10.2022
Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap?Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul.Tatabahasa07.03.2015
Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan 'one-stop marketplace' dalam Bahasa Melayu?Cadangan kami one-stop marketplace diterjemahkan kepada pasaran sehenti atau Pusat Pasaran Sehenti sekiranya merujuk tempat.Penyemakan dan penterjemahan23.08.2019
Ayat : Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi __________ tiga kategori, iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya sekali. A pada B dengan C kepada D daripada Soalan : yang mana jawapan yang sesuai & berikan alasan.Jawapannya D. kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya.Tatabahasa16.06.2016
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini?Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul.Tatabahasa29.04.2013
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"?Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381.
Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata.
Penyemakan dan penterjemahan08.09.2014
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih.Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas