Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)

374

All men must die

Semua orang pasti mati.

Mumbang jatuh, kelapa jatuh

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
analisis aliran sekuriti (Ig. security flow analysis; Br. analisis aliran keselamatan; Id. analisis alir sekuritas) Penilaian dan analisis yang dilakukan terhadap suatu spesifikasi formal yang bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aliran maklumat. Aliran maklumat yang dianalisis mungkin berlaku sesama komponen sistem atau antara persekitaran luaran dengan sistem, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br. analisis keselamatan yang wujud pada sistem maklumat tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menjana data ujian untuk meramal keberkesanan tindakan yang akan diambil oleh mekanisma keselamatan yang digunakan. Kajian ini juga mengenal pasti kekurangan anagram analisis kegoyahan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 8 6/6/11 4:01:27 PM 9 dan mengesahkan sama ada mekanisma keselamatan tersebut memadai untuk melindungi sistem maklumat

Kembali ke atas