Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)

374

All men must die

Semua orang pasti mati.

Mumbang jatuh, kelapa jatuh

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ke" yang seringkali menjadi pengganti perkataan "kah" seperti contoh: "Ada ke awak pasti" / "Adakah awak pasti". Bolekah ini diterima? Sekian, terima kasih!Untuk makluman, ayat tanya yang betul ialah "Adakah awak pasti?". Manakala, ayat tanya "Ada ke awak pasti?" lazimnya hanya digunakan dalam bahasa lisan.Tatabahasa21.04.2020
apakah kaedah menulis perkataan berikut: (a) "mengenal pasti" atau "mengenalpasti" (b) "dikenal pasti" atau "dikenalpasti" (c) "prefix" sama ada perlu italic atau tidak. (d) "... kategori pekerjaan yang perlu dipertingkatkan (atau ditingkatkan) tahap kemahirannya." Soalannya: mana satu perkataan yang betul, sama ada "ditingkatkan" atau "dipertingkatkan".Kaedah menulis yang betul:

a) mengenal pasti
b) dikenal pasti
c) prefix perlu diitalikkan
d) Jika dirujuk ayat tersebut, ditingkatkan dan dipertingkatkan, kedua-duanya bolah digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Lain-lain08.09.2015
Mana satukah yang betul? - Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang. - Kalau bukan disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Ayat yang betul, Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Tatabahasa07.12.2015
saya ingin mengetahui penggunaan yang betul tentang ejaan 'mengenalpasti' atau 'mengenal pasti' (dijarakkan antara perkataan) contoh ayat: kajian ini adalah untuk mengenalpasti/ mengenal pasti kedudukan ekonomi masyarakat bandar di Malaysia. terima kasihEjaan yang betul ialah mengenal pasti.Lain-lain24.11.2015
Selamat petang, En. Sulaiman, Saya ingin tanya tentang perbezaan antara perkataan 'tentu' dengan 'pasti'. Dalam konteks apa kita gunakan 'tentu' dan 'pasti'. Jawapan daripada En. Sulaiman amat dihargai. Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan tentu dan pasti mempunyai makna yang sama, iaitu tidak boleh tidak.Makna02.01.2013
Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kalian ............ berjaya. A.boleh b. dapat C.mesti D.pasti Jawapan mana yang paling tepat?

Jawapan yang paling tepat ialah D.pasti, iaitu Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kali pasti berjaya.

Tatabahasa16.08.2010
Mengenail pasti kesalahan kata dan tatabahasa dalam ayat; Pihak pengurusan pusat beli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barang-barang terpakai untuk mengambil perhatian orang ramai.Ayat yang betul ialah "Pihak pengurusan pusat beli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barangan terpakai untuk menarik perhatian orang ramai".Tatabahasa29.10.2018
Mengenal pasti klientel dan keperluan klientel. Soalan saya: adakah perkataan klientel telah diterima oleh DBP sebagai bahasa Melayu? Sekiranya belum apakah perkataan yang paling sesuai digunakan?Dalam data kami telah terdapat istilah clientele yang bermaksud klientel atau langganan. Menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, maksud clientele bermaksud pelanggan manakala merujuk kepada bidang sains politik ialah kumpulan pelangan atau klientel.Makna14.06.2017
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : ungu - u.nguPemisahan suku kata untuk ungu ialah u-ngu.Ejaan12.04.2012
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.laPemisahan suku kata yang diberikan adalah betul:

makanan                   ma-kan-an
sayur-sayuran            sa-yur-sa-yur-an
buah-buahan             bu-ah-bu-ah-an
beruang                    be-ru-ang  
bermain                    ber-ma-in
membuang               mem-bu-ang
dia                           di-a
laut                          la-ut
siang                        si-ang
bayaran                    ba-yar-an
soal                          so-al
buaya                       bu-a-ya
tuala                         tu-a-la
Ejaan23.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas