Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)

374

All men must die

Semua orang pasti mati.

Mumbang jatuh, kelapa jatuh

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
definite articlekata sandang pasti, artikel tentukata sandang pasti/ artikel pastikata sandang pastiLinguistik
dead reckoningperhitungan pastiperhitungan pastipengiraan pastiKejuruteraan Kapal Terbang
definite determinerpenentu pastipenentu pastipenentu pastiLinguistik
determinate growthpertumbuhan pastipertumbuhan pastitumbesaran pastiPerikanan
undecided voterpemilih tak-pastipengundi tidak pastipengundi tidak pastiSains Politik
certain eventkejadian pastiTiadaperistiwa pastiMatematik
mutual assured destruction (MAD)penghancuran pasti timbal balikkebinasaan pasti bersamakebinasaan pasti bersama (MAD)Sains Politik
dead weight testerpenguji berat pastipengiji berat pastipenguji berat muktamadKejuruteraan Kapal Terbang
definite declensiondeklenasi lemahdeklensi pastitasrif nama pastiLinguistik
indefinite articleartikel tak takrifartikel tak pastiartikel tak pastiLinguistik
123

Kembali ke atas