Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.trio.tik] | ڤاتريوتيک

Definisi : bersifat patriot: kau sudah mempunyai satu sikap yg ~, kau berani dan tegas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.trio.tik] | ڤاتريوتيک

Definisi : bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patriotik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tanya, bagaimanakah menggunakan perkataan 'patriotisme' dan 'patriotik'?Patriotik = bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Cntoh ayat, puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.Tatabahasa12.04.2013
apakah maksud patriotik dan patriotisme?patriotik bermaksud bersifat patriot manakala patriotisme bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air.Makna11.08.2007
Selamat sejahtera, saya keliru dengan patriotik dengan patriotisme.. Untuk bahagian komsas, nilai patriotik atau nilai patriotisme, mana satu lebih tepat ya?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriotik membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Contoh ayat, Puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.

Makna28.04.2019
Tuan, Yang manakah satu yang betul, semangat patriotik atau semangat patriotisme? Cerpen itu bertemakan sifat patriotik atau patriotisme? Chan, Penang. Terima kasih.menurut Kamus Dewan, patriotik ialah semangat patriot. Patriotisme ialah persaan cinta yang kuat terhadap tanah air.  Ayat yang betul ialah Cerpen itu bertemakan patriotisme atau Cerpen itu bertemakan sifat patriotikTatabahasa01.08.2011
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan patriotik? Sila jelaskan secara lebih terperinci.

Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala patriotik bermaksud bersifat patriot. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna16.04.2009
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita harus.... atau Kita sebagai rakyat Malaysia yang patriotik harus...... ayat yang mana lebih gramatis?Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa09.07.2010
Kebanyakan rakyat negara kita bersikap patriotik apabila tiba bulan Ogos tetapi mati selepas itu. (buku rujukan SPM) apakah kesalahan istilah dalam ayat di atas? Apakah maksud peribahasa 'seperti lebah kasihkan telurnya'?Ayat itu betul dan tidak ada kesalahan dalam istilah yang digunakan. Peribahasa yangtuan maksudkan tidak ada dalam sumber rujukan kami (Kamus Peribahasa Abdullah Hussein dan Kamus Peribahasa - Abdullah Hassan)Tatabahasa21.08.2008
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan?Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda.Lain-lain25.08.2010
12

Kembali ke atas