Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wa.gam] | ڤاواݢم

Definisi : akronim bagi panggung wayang gambar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.wa.gam] | ڤاواݢم

Definisi : kep panggung wayang gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pawagam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah perkataan 'pawagam' ialah akronim bagi panggung wayang gambar'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat "pawagam" ialah akronim bagi panggung wayang gambar.Istilah02.10.2015
Apakah wujud perbezaan "panggung teater", "panggung wayang" dan "pawagam"? Sekiranya wujud, apakah frasa yang sesuai digunakan bagi maksud yang sama dalam sesebuah penulisan ilmiah.Istilah "panggung wayang" dan "pawagam" merujuk kepada maksud yang sama. Manakalah, istilah "panggung teater" pula merujuk kepada tempat pementasan persembahan teater.Lain-lain25.09.2019
Salam sejahtera. Apakah padanan yang paling tepat untuk perkataan "menyingkap"? e.g. Wayang tersebut singkap kegemilangan pawagam di Geylang zaman 50-anPerkataan “menyingkap” dalam ayat “Wayang tersebut menyingkap zaman kegemilangan pawagam di Geylang pada tahun 50-an”, betul.Tatabahasa25.08.2022
Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam pada masa kini ___ kisah seram. 'banyak memaparkan' / 'memaparkan banyak' juga boleh diterima bagi ayat itu?Frasa yang tepat ialah ...banyak memaparkan.Tatabahasa16.07.2013
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. Makna22.01.2008
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH.

Saudara,

Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon.

i. Kamus Dewan Edisi Keempat 

 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~;

ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan

1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.

Makna07.09.2009
Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah02.08.2023
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021
12

Kembali ke atas