Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.das] | ڤدس

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedas (adjektif)
1. Bersinonim dengan pijar: berasa cili

2. Bersinonim dengan tajam: keras, bisa, pedih, mendesing,
Berantonim dengan lembut

Kata Terbitan : memedaskan,

Puisi
 

Apa daya tebing tinggi,
     Batang api di Muara Tebas;
Apa daya di tahun ini,
     Tanam cili tak pedas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bejahang[b«.dZA.hAN]kata adjektiftersangat pedas.Samba tempoyak tu bejahang.[sAm.bA t«m.p.jA/ tu b«.dZA.hAN]Sambal tempoyak itu tersangat pedas.
pedaeh merepang[p«.dAeh m«.Ä«.pAN] berkenaan rasa yang sangat pedas.Mau tebako lidoh koi, pedaeh merepang sambe awok.[mAw t«.bA.k li.dh koj p«.dAC m«.Ä«.pAN sAm.bE A.w/]Mahu terbakar lidah saya sebab sambal awak sangat pedas.
temose[t«.m.s«]kata namakuih seperti karipap berinti kelapa yang rasanya pedas atau manis.   
buram[bu.ÄAm]kata kerjamenambah sesuatu (garam, gula, asam) melebihi had rasa (seperti masin, manis, masam) daripada yang sepatutnya.Sape buram gule ni dengan lade, pedaih ngat.[sA.p« bu.ÄAm gu.l« ni d«.NAn lA.d« p«.dAC NAt]Siapa yang menambah gulai ini dengan lada, tersangat pedas.

Kembali ke atas