Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peha


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Klien kami telah meminta untuk menukarkan ejaan perkataan 'paha' dalam teks sebuah iklan kepada 'peha'. Adakah ejaan 'peha' masih digunakan lagi? Jika tidak, sila jelaskan. T'kasih.Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.Ejaan16.08.2012
Cencang atau cincang? Sotong gurita atau sotong kurita? Peha atau paha?Jawapan:

1. Cencang dan cincang = cengang
2. Sotong gurita atau sotong kurita = sotong gurita
3. Peha atau paha? = paha
Lain-lain28.10.2015
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan1. Kaya-raya
2. Disengat
3. Hubung kait
4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.
5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.
Ejaan06.08.2014
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi.
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi. Contohnya:

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.
Ejaan07.08.2018

Kembali ke atas