Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.jal] | ڤجل

Definisi : tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.jal] | ڤجل

Definisi : keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pejal (adjektif)
Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat, sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;,
Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIJIH TIMAHBatu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
SILINDER

Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal

dengan dua tapak secam yang terletak pada satah

selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung

yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi)

silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu

dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan,

bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat.

Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi

silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya.

Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut

tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik.

UMUM 
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM 
ASTENOSFERA

Astenosfera, lapisan dalam bumi yang melapisi sebelah bawah litosfera yang bersifat sebagai lapisan pejal yang mulur.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISifat/Keadaan
ASTEROID

Asteroid, objek-objek pejal kecil dalam sistem suria yang beredar mengelilingi matahari.

FIZIKFenomena
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
MAILLOL, ARISTIDE

Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir

Perancis. Seperti kebanyakan pengukir

generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk

emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang

dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste

Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada

waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan

perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi

berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas

merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba

kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang

tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran

zaman klasik awal Yunani.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 

Kembali ke atas