Majalah

Dewan Budaya » 2014 » June
Kota yang berbentuk empat segi ini, berkeluasan 2.25 kilometer persegi. Bangunan utama di kota purba Pingyao, yang dipelihara sehingga sekarang, dibina pada 600 tahun yang lalu. Tembok kota, jalan, rumah kediaman, kedai, dan kuil dijaga dengan amat baik. Reka bentuk dan susunan kota purba ini memperlihatkan kebudayaan tradisional China yang sudah diwarisi selama beberapa ribu tahun. Yang dapat dikatakan ialah tengah dari utara ke selatan merupakan jalan utama kota purba Pingyao. Jalan bujur dan jalan lintang dibina dengan teraturnya. Hal ini menyebabkan susunan kota purba ini rapi dan menarik. Kebanyakan rumah di kota purba Pingyao merupakan rumah kediaman yang dibina dengan menggunakan bata berwarna kelabu dengan pekarangan tradisional. Rumah dalam pekarangan dibina berbentuk simetri di kedua-dua belah garis tengah. Banyak

Kembali ke atas