Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEKERJA INDENTUR UMUM 
MOGOK

Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh

sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan

pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja

menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar.

Mereka berharap mogok atau ancaman

untuk mogok akan memujuk syarikat agar

bersetuju dengan tuntutan mereka untuk

mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja

yang lebih baik, atau faedah-faedah lain.

UMUM 
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah

yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada

1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan

badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya

melalui Skim Simpanan Wajib.

UMUM 
HARI PEKERJA UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
SEKAT MASUK KERJA

Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang

majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan

pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan

senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan

tidak membayar upah supaya pekerja menerima

syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini,

seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi

yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun

begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada

mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja

yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa

majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu.

UMUM 
ABRAHAM, WILLIAM

Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan

pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di

Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai

pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun.

Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja

lombong dan berusaha beberapa tahun untuk

memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai

wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi

ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai

Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja

lombong bergabung dengan Parti Buruh pada

tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen

sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai

pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta

sastera budaya Wales yang dikenali sebagai

eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama 

Mabon sempena kegiatannya dalam pesta

eisteddfods.

UMUM 
PERKHIDMATAN AWAM

Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja

di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir

perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya,

pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan

luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan

kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di

kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah

pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai

kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai

kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh

kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam.

Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat

dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah

kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan

awam (lihat Kerajaan tempatan) .

UMUM 
THE INTERNATIONAL

The International ialah nama awal yang

diberikan untuk beberapa pertubuhan pekerja di

peringkat antarabangsa. Kemudian, ia digunakan

bagi pertubuhan Komunis antarabangsa yang

berpusat di Moscow. Karl Marx, sosialis Jerman,

menubuhkan pertubuhan pekerja antarabangsa

yang pertama pada tahun 1864. Pertubuhan ini

dikenali sebagai International Workingmen’s

Association atau First International.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
123456

Kembali ke atas