Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Majalah

Dewan Budaya » 2014 » April
150 juta meter padu. Jika diturap menjadi jalan yang selebar 10 meter dan setebal 35 sentimeter, panjangnya mampu mencapai dua kali lingkaran bumi! Projek Tembok Besar memang sungguh megah. Jumlah pekerja yang membina Tembok Besar ini pun banyak sekali. Menurut catatan sejarah, selain 500 ribu orang askar, 1.5 juta orang pekerja juga dikerah dalam pembinaan Tembok Besar pada zaman dinasti Qin (221–206 sebelum Masihi). Dalam buku sejarah dinasti Sui (581–618 Masihi) juga, banyak kali dicatat pengerahan pekerja daripada puluhan
Dewan Budaya » 2015 » December
pun begitu. Namun demikian, tidak kelihatan pula keramaian pengunjung di situ. Mungkin pada petang itu, pengunjungnya kurang. Pada suatu ketika dahulu, lorong itu dikunjungi oleh mereka yang ingin mendapatkan khidmat pekerja seks. Di situlah pekerja lombong mendapatkan “hiburan” mereka. Kini khidmat itu sudah tiada lagi, tetapi lorongnya tetap ada – mungkin lebih indah dari dahulu. Itulah lorong yang dikenali sebagai Concubine Lane – Lorong Gundik (terjemahan langsung
Dewan Budaya » 2014 » November
Masa tidak akan berputar kembali ke masa silam, malah terus-menerus ke hadapan. Lebih-lebih lagi, masa sejam yang diperuntukkan oleh majikan untuk berehat digunakan dengan sebaik-baik mungkin oleh pekerja di sekitarnya untuk mencari menu bagi memenuhkan perut sebelum memerah kembali tenaga dan fikiran untuk bekerja. Ada juga yang datang ke situ semata-mata untuk melakukan transit kerana di situlah
Dewan Budaya » 2014 » May
makalah ini ditulis, pesawat itu telah 38 hari hilang. Pasukan pencari dan penyelamat masih berusaha keras untuk mengesannya di Lautan Hindi. Yang kedua, penculikan seorang pelancong China, bersama-sama seorang pekerja warga Filipina, di sebuah pusat peranginan di perairan Semporna, Sabah, pada 2 April yang lalu. Kumpulan yang dikaitkan dengan Abu Sayyaf menuntut wang tebusan berjumlah RM36.4 juta untuk pembebasan

Kembali ke atas