Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Union of Postal Uniform Staff (UPUS)Kesatuan Pekerja-pekerja Pos Pakaian SeragamPentadbiran PerniagaanTiadaPertubuhan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pos yang berpakaian seragam.
production workerpekerja pengeluaranEkonomiTiadaPekerja-pekerja yang bekerja di kilang untuk pengeluaran industri secara langsung sama ada mahir atau tidak mahir, kecuali pengurus pentadbir. Sinonim: factory worker
workers' managementpengurusan pekerjaEkonomiTiadaSistem yang membolehkan pekerja-pekerja sesuatu perusahaan itu membuat sebahagian besar keputusan yang biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan.
reverse engineeringkejuruteraan membalikEkonomiTiada1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula.
occupational diseasepenyakit pekerjaanPerubatanTiadaPenyakit yang khususnya cenderung kepada pekerja-pekerja dalam sesuatu pekerjaan.
wage discriminationdiskriminasi upahEkonomiTiadaBayaran upah yang berbeza antara pekerja-pekerja walaupun kerja yang dilakukan adalah sama.
ajir khasspekerja khas/pekerja khususPerniagaan IslamTiadaPekerja upahan bagi suatu tempoh tertentu. Pekerja khas boleh menerima bayaran upah setelah bersedia dan pekerja tersebut dianggap sebagai pemegang amanah kepada majikannya dan tidak menanggung kerosakan yang berlaku melainkan berlaku kecuaian atau tindakan tanpa kebenaran.
contact listsenarai hubunganKomunikasiTiadaSenarai yang mengandungi himpunan sumber-sumber untuk mendapatkan keperluan penerbitan dan pengurusan dalam bidang komunikasi. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam senarai ini boleh membantu pekerja-pekerja komunikasi membuat hubungan yang seterusnya.
part-time workerpekerja separuh masaEkonomiTiadaPekerja yang bekerja kurang daripada yang biasa dilakukan oleh pekerja sepenuh masa. Dalam bancian kilang pembuatan, pekerja ini berkerja kurang daripada 6 jam sehari dan kurang daripada 20 hari sebulan.
shift differentialbeza syifPentadbiranTiadaSyif bekerja yang dilakukan pada masa yang tidak diingini atau tidak disukai oleh pekerja, dan pekerja akan diberikan ganjaran yang lebih.
12345678910...

Kembali ke atas