Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouthfeelrasa mulutMakanan dan PemakananTeknologi MakananPelbagai sensasi yang dirasakan dalam mulut yang berkait dengan sifat-sifat fizikal dan kimia makanan. Contoh, rasa mulut yang terhasil apabila memakan makanan berlemak.
home gardentaman rumahLandskapTiadaKawasan berlandskap yang dibina di kawasan rumah dan ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan hiasan, herba atau pokok buah-buahan menurut keperluan dan cita rasa penghuni.
sexual dysfunctiondisfungsi seksualPsikologiPsikologi UmumMasalah berkaitan dengan tingkah laku seksual yang boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan psikologi. Menurut pakar psikologi, terdapat empat jenis masalah disfungsi seksual, iaitu kecelaruan nafsu, kecelaruan bangkitan, kecelaruan orgasma dan kecelaruan kesakitan seksual. Dalam kecelaruan nafsu, individu tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap seks. Mereka yang mengalami masalah bangkitan pula mungkin mempunyai nafsu tetapi sukar dirangsangkan. Kecelaruan orgasma dialami oleh individu yang mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau langsung tidak mengalami orgasma. Individu yang mengalami kecelaruan kesakitan seksual pula biasanya akan mengalami rasa sakit semasa bersenggama sehingga membuatkan mereka tidak selesa atau menyukarkan hubungan seksual.
encounter groupkelompok pertemuanPsikologiPsikologi UmumKumpulan yang memberi peluang kepada individu yang saling tidak mengenali bertemu dan melahirkan masalah serta rasa kekecewaan mereka. Kelompok ini memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan diri kerana boleh berkomunikasi dan melahirkan perasaan secara jujur. Penekanan dalam kelompok ini ialah peserta perlu mengelak daripada berbohong dan berselindung diri. Contohnya, mangsa trauma yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan berkumpul dan melahirkan perasaan yang dialami secara jujur dan terbuka.
inulininulinMakanan dan PemakananMakananKumpulan polisakarida semula jadi yang tergolong dalam kelas gentian diet dan dikenali sebagai fruktan. Inulin dihasilkan daripada bahagian akar atau rizom pelbagai jenis tumbuhan seperti cikori dan articok jerusalem. Inulin mempunyai faedah kesihatan yang tinggi seperti meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar (prebiotik) dan meningkatkan rasa kekenyangan. Dalam industri makanan, inulin digunakan sebagai aditif untuk makanan rendah lemak dan rendah gula.
primary advertisingpengiklanan asasKomunikasiKorporatPengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawi
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidma
house publicationpenerbitan dalamanKomunikasiKorporatBahan bercetak yang diterbitkan secara terkawal dalam organisasi untuk edaran dalaman. Fungsi penerbitan bahan ini adalah untuk menyalurkan maklumat organisasi kepada khalayak dalaman. Urusan penghasilan dan pengedaran bahan bercetak ini biasanya dilakukan oleh bahagian perhubungan awam organisasi tersebut. Jenis penerbitan boleh dalam bentuk majalah, akhbar, atau risalah. Jenis maklumat yang biasa dimasukkan ialah aktiviti kakitangan sama ada yang bersifat rasmi atau tidak rasmi, perutusan daripada pihak pengurusan yang berkaitan sesuatu dasar, arahan atau ucapan, karya kreatif yang dihasilkan oleh kakitangan, dan hal yang berkaitan dengan kejayaan kakitangan atau organisasi. Matlamat akhir yang ingin dicapai melalui penerbitan dalaman adalah untuk mengurangkan jurang komunikasi antara unit, bahagian dan kakitangan daripada pelbagai peringkat, serta meningkatkan kefahaman dan rasa kekitaan terhadap organisasi.

Kembali ke atas