Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gibas[gi.bAs]kata namahujan lalu.Penat aje ngangkat beridai, ingatkan ujan, rupenye gibas.[p«.nAt A.dZ« NAN.kAt b«.Äi.dAj i.NAt.kAn u.dZAn Äu.p«.ø« ]Penat sahaja mengangkat kain baju yang tersidai di ampaian, disangkakan hujan, rupa-rupanya hujan lalu sahaja.
letak[le.tA/]kata adjektifnyenyak tidur kerana keletihan.Letak anaknye tido lepas penat bemaen.[le.tA/ A.nA/.ø« ti.do l«.pAs p«.nAt b«.mAen]Nyenyak anaknya tidur setelah penat bermain.
canguk[tSA.No/]kata adjektifpenat yang amat sangat.Sebab dah uzo, buat keje sikit dah canguk.[s«.bAb dAh u.zo bu.wAt k«.dZ« si.kit dAh tSA.No/]Oleh sebab badan sudah uzur, buat kerja sedikit sudah terasa betul-betul penat.
taong[tA.oN]kata tugastidak berguna.Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi.[tA.oN b«.tol si A.li tu p«.nAt sA.dZ« m«.øu.Äoh.ø« Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya.
jelapak[dZ«.lA.pA/]kata kerjaberbaring dalam keadaan kurang bermaya kerana keletihan.Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.[bA.le/ A.dZ« dA.Äi k«.bon A.bAN t«.Äos dZ«.lA.pA/ kAt lAn.tAj]Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat.

Kembali ke atas