Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Pepat-pepat memotong batang, Takiklah semak dengan belukar; Penat-penat abang datang, Adik tak juga mahu keluar. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pepat-pepat menebang di dinding, Hendak menanam buah betik; Penat-penat abang bertanding, Hendak melihat senyum adik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Penat sudah orang menyayur, Sayangnya sayur tidak bergaram; Penatlah sudah abang menegur, Orang ditegur bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat sudah orang mencari, Badik dicari tidak bersua; Penah sudah abang menanti, Adik dinanti tidak menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau penat pergi ke pantai, Di sana nanti memakan tiram; Walaupun niat kami tak sampai, Cinta di hati tidakkan padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudahlah penat mengayak beras, Makan lemang tidak menyapa; Sudahlah surat tidak berbalas, Pesan terbuang tak pula ada.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Penat hamba membeli kain, Kain seberang mutunya rendah; Penat sahaja berjanji kahwin, Belum dipinang sudah berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Penat hamba mencari selasih, Selasih sudah dimakan helang; Penat sahaja menanti kekasih, Kekasih sudah dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas