Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaTengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.

Kembali ke atas