Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » February
hatinya berhubung terma perjanjian penerbitan novelnya. Soal royalti dan hak cipta pengkarya bukanlah isu yang baharu. Banyak penulis novel yang “makan hati” apabila karya yang dihasilkan daripada titik peluh dan penat akal mereka hanya menguntungkan pihak yang lain. Royalti yang diberikan pula bergantung pada syarikat yang menerbitkan karya mereka. Sebagai penerbit, syarikat memiliki hak untuk menguruskan naskhah novel sekiranya mahu diadaptasi
Dewan Budaya » Ceritera Bulan Ini
turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak pernah luntur, walaupun sering menerima kecaman daripada Fazrul dan isterinya, Jenah. Kesejukan berada di dalambilik ini . menyebabkan
Dewan Budaya » 2015 » January
Pesta Chandan dianjurkan sebagai satu daripada pengisian sambutan hari keputeraan Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi. Konsep Pesta Chandan amat mudah, seperti pesta ria, hanya untuk berhibur dan melepaskan penat lelah setelah penat bekerja, tetapi tidak kurang juga orang yang menggunakannya sebagai saluran menjanakan pendapatan tambahan. Pada waktu itu, tidak banyak pusat hiburan, apatah lagi di bandar diraja Perak itu. Siaran televisyen pula
Dewan Budaya » 2018 » July
turut mengalunkan irama pilunya. Setiap kali gesekan biolaitu berlagu sayu, jiwanya jugabagai disentap pilu dengan kata-kata penghinaan daripada Fazrul, anak sulungnya. Walaupun usianya sudah lanjut, namun dia tidak berasa penat memperjuangkan seni muzik yang sudah sekian lama berakar tunjang dalam dirinya. Semangatnya tidak pernah luntur, walaupun sering menerima kecaman daripada Fazrul dan isterinya, Jenah. Kesejukan berada di dalambilik ini . menyebabkan
Dewan Budaya » 2014 » June
mengatasi masalah tersebut dengan melahirkan kumpulan pelapis – tidak merintih atas “kehilangan” tersebut – selaras dengan matlamat kedua penubuhannya. Ketika bahan bacaan terbitannya kelihatan semakin “tersembunyi” dalam pasaran, tanpa mengenal jemu dan penat lelah, DBP terus gigih melaksanakan penerbitannya – bahan bacaan yang kerap kali merugikan dari segi kewangan, tetapi menguntungkan dari sisi pembinaan dan penyebaran ilmu – selaras dengan matlamat ketiga penubuhannya. Yang pastinya
Dewan Budaya » 2014 » November
Bezanya, peminta sedekah menghulurkan tangan dan mengharapkan simpati orang ramai. Paling tidak pun, mereka menjual tisu. Berbanding dengan busker , mereka bermain alat muzik sambil bernyanyi dan mengharapkan orang ramai menghargai penat lelah mereka itu dengan meletakkan wang di dalam bekas yang disediakan. Adakah tanggapan ini benar atau sekadar pemikiran negatif yang dilemparkan oleh orang yang tidak tahu menghargai seni dan bakat

Kembali ke atas