Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nat] | ڤنت

Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas se­suatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar penat badan asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu dengan suka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
nuru menjala ikan menghala hilir sungaiAlap nuru ta suang mia payah nunsung.Lebih baik menjala menghala ke hilir tidak penat melawan arus.budayaBajau
mangkar menghanyutkan kayu atau buluh yg bersusun di sungaiAmun mangkar kayu nia no kepayahan maba.Andainya menghanyutkan kayu di sungai tidak lagi penat mengangkatnya.budayaBajau

Kembali ke atas