Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat

Peribahasa

Banyak udang banyak garam,
     banyak orang banyak ragam.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

 

Lihat selanjutnya...(8)

376

As many men, as many opinions

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Lain orang, lain pendapat

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. As many men, as many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
curiga II1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
peribadi1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
kritis1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat meng­kritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
selisih1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. me­­nim­­bulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, memper­tikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menye­diakan standard dan arahan bagi meng­hitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
guamperselisihan pendapat; sengketa. berguam berselisih pendapat; bertengkar; bersengketa. guaman hal-hal yg dipertengkarkan; perkara dlm mahkamah. perguaman hal berselisih pendapat. peguam orang yg menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
propaganda1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerang­kan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan se­cara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendapat peribadipendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan);Kamus Dewan Edisi Keempat
pendapat (sikap) kunopendapat (sikap) yg tidak moden;Kamus Dewan Edisi Keempat
memadu pendapatmencocokkan pendapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
selisih faham (pendapat)berlainan faham (pendapat);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas