Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public opinionpendapat umumKomunikasiKorporatPendapat yang dibentuk dan dipercayai oleh orang ramai tentang sesuatu isu atau perkara. Pendapat awam ini mengandungi unsur pernyataan yang diterima sebagai benar, berkaitan dengan khalayak umum dan berkepentingan kepada mereka pada sesuatu masa. Secara umumnya, pendapat yang terbentuk dalam kalangan individu sesuatu masyarakat tidak berbeza antara satu sama lain. Kecenderungan ini membentuk satu pendapat umum yang serupa. Pendapat umum biasanya terbentuk akibat pendedahan khalayak terhadap sesuatu isu atau keadaan yang disiarkan melalui media cetak atau media elektronik. Oleh itu, media kerap digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi khalayak supaya berlakunya pemindaan dan perubahan sesuatu arah pendirian awam terhadap sesuatu isu. Kesan hebahan tersebut membolehkan individu dalam masyarakat membentuk pendapat masing-masing. Pendapat umum kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan persetujuan bersama yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi, atau sosiobudaya. Dalam bidang perhubungan awam, k
world public opinionpendapat awam sejagatKomunikasiTiadaPendapat yang dinyatakan secara bersama oleh ahli masyarakat dalam beberapa buah negara mengenai sesuatu isu. Pendapat seperti ini mudah diperoleh akibat daripada sistem komunikasi yang bersifat global dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Green Peace, Amnesty International dan sebagainya.
public opinionpendapat awamKomunikasiKorporatLihat pendapat umum.
pendapat nasihatadvisory opinionUndang-undangTiadaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
idea championjohan pendapatPentadbiranTiadaSeseorang yang mengemukakan pendapat atau idea dan mempertahankannya.
public opinion pollpungutan pendapat awamSejarahTiadaPungutan pendapat di kalangan orang awam untuk menentukan sesuatu hal atau pungutan suara rakyat jelata.
differences (opinion)perselisihan (pendapat)SejarahTiadaPerselisihan faham akibat perbezaan dalam pendapat atau pandangan.
opinion interviewwawancara pendapatKomunikasiTiadaWawancara yang dilakukan untuk memperoleh pendapat dari tokoh-tokoh tertentu mengenai pandangan bernas mereka tentang sesuatu isu.
expert opinionpendapat pakarKomunikasiKorporatKaedah pemasaran dan pengesanan pasaran yang menggunakan pendapat wakil jualan, pengedar, pembekal, persatuan industri perdagangan, perunding pemasaran, atau organisasi di luar syarikat barangan yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran sesuatu barangan. Antara kaedah yang digunakan termasuklah perbincangan fokus, temu bual mendalam, dan tinjauan. Tujuannya adalah untuk membantu pihak syarikat merancang strategi pemasaran sesuatu barangan baru atau barangan sedia ada yang menghadapi masalah jualan. Matlamat kaedah ini adalah untuk merancang strategi baru bagi menguasai pasaran dan mengatasi persaingan. Antara aspek yang kerap dikesan melalui rujukan pakar ini adalah dari segi mutu, pembungkusan dan persembahan, harga, promosi, kebolehdapatan barangan, dan kepelbagaian teknik jualan. Proses ini dilakukan oleh bahagian komunikasi korporat dan penyelidikan dalam syarikat berkenaan atau melalui syarikat perunding pemasaran.
pendapat bertentangandissenting opinionsUndang-undangTiadaPandangan daripada hakim yang berbeza dengan pandangan pihak majoriti dalam sesuatu kes penghakiman. Pandangan ini mempunyai kedudukan yang khusus dalam penyelesaian pertikaian undang-undang antarabangsa, sama ada melalui mahkamah atau timbang tara. Dalam konteks mahkamah antarabangsa terutamanya Mahkamah Keadilan Antarabangsa, pendapat bertentangan boleh menyumbang kepada perkembangan undang-undang antarabangsa. Pendapat ini pernah digunakan oleh hakim sebagai satu platform bagi menghasilkan pandangan yang lebih berani dalam situasi yang tidak mempunyai hukum perundangan yang tetap. Contohnya, pendapat bertentangan oleh Hakim Weeramantry, seorang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Lockerbie. Dalam kes berkenaan, beliau menyatakan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh menyemak semula keputusan Majlis Keselamatan PBB walaupun keputusan tersebut merupakan satu pandangan eksekutif atau politik yang dibuat oleh salah satu cabang utama PBB.
12345678910...

Kembali ke atas