Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat

Peribahasa

Banyak udang banyak garam,
     banyak orang banyak ragam.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

 

Lihat selanjutnya...(8)

376

As many men, as many opinions

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Lain orang, lain pendapat

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. As many men, as many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » December
Tunku Abdul Rahman meminta Baharuddin mereka bentuk sebuah masjid untuk kegunaan rakyat. Menurut Baharuddin, beliau memilih bukit sebagai tapak masjid tersebut untuk menonjolkan kepentingannya. Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berbeza pendapat. Beliau melihat kedudukan masjid di atas bukit itu sebagai penyeksaan kepada penggunanya. Beliau mahu masjid yang mudah dikunjungi. Maka Baharuddin diminta membandingkan tapak yang dipilihnya dengan tapak yang dicadangkan oleh
Dewan Budaya » 2015 » April
tidak berubah mengikut masa. Bagi pemikiran orang biasa, klasik ialah sesuatu benda atau perkara lama yang membawa nostalgia tertentu dalam tempoh masa tertentu. Namun begitu, dalam muzik klasik, lain pula pendapat dan maksudnya. Muzik ini dikatakan sebagai muzik yang dimainkan sekitar era 50-an atau 60-an. Ada juga pendapat liar yang mengatakan bahawa muzik ini sudah tidak relevan sekarang kerana dunia kini lebih maju dan memerlukan sesuatu yang segar dan lebih rancak irama muziknya. Persoalannya, benarkah tanggapan sesetengah pihak
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
Tunku Abdul Rahman meminta Baharuddin mereka bentuk sebuah masjid untuk kegunaan rakyat. Menurut Baharuddin, beliau memilih bukit sebagai tapak masjid tersebut untuk menonjolkan kepentingannya. Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berbeza pendapat. Beliau melihat kedudukan masjid di atas bukit itu sebagai penyeksaan kepada penggunanya. Beliau mahu masjid yang mudah dikunjungi. Maka Baharuddin diminta membandingkan tapak yang dipilihnya dengan tapak yang dicadangkan oleh
Dewan Budaya » 2013 » September
garam, lalu terbuai-buai dengan rasa “perasan” bahawa orang tua sentiasa berbuat benar, bijaksana dalam memimpin dan tiada tolok bandingnya. Ilusi sebegini memang parah sekali. Realitinya orang muda juga mempunyai pendapat, idea, dan pemikiran yang benar.Tidak semua orang muda pergi merempit atau hidup berkeliaran menagih dadah.Sindrom mengenepikan idea dan pandangan orang muda telah menyebabkan wujud jurang perbezaan yang luas
Dewan Budaya » 2014 » October
akan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling untuk menjadi baik. Mencius percaya bahawa seseorang itu haruslah mencuba dengan sedaya upaya untuk mengembangkan sifat baiknya melalui pendidikan dan tabiat moral. Mencius juga menzahirkan pendapat bahawa sifat semula jadi manusia memang istimewa dan tersendiri. Ciri yang unik itu memberikan keistimewaan kepada manusia berbanding dengan makhluk lain. Kehidupan moral menjadi sifat yang membezakan manusia daripada makhluk
Dewan Budaya » 2014 » June
mengambil peranan sebagai Baitul Hikmah yang wujud dari abad ketujuh hingga abad ke-15 di Baghdad. Hal ini dikatakan demikian kerana institusi itu merupakan gedung yang banyak menyimpan ilmu. Demikian pendapat yang disuarakan oleh Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, presiden Persatuan Antarabangsa Universiti dalam Wacana Fikrah Ummah: Pengaruh Tamadun Terhadap Perkembangan Ilmu di DBP Kuala Lumpur pada 21 April 2014 yang

Kembali ke atas