Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sesal dulu pendapatan,
     sesal kemudian tiada berguna.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

 

Lihat selanjutnya...(9)

219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendapatanincomeWang yang diterima kerana melakukan pekerjaan termasuk gaji dan elaun. Lihat ContohSekolah Rendah
sumber pendapatansource of incomeHasil yang diperoleh daripada pekerjaan atau transaksi seperti gaji, elaun, dividen dan faedah simpanan.Sekolah Rendah
bajetbudgetAnggaran wang pendapatan dan perbelanjaan. Bajet dikenali juga sebagai belanjawan.Sekolah Rendah
bajet mingguanweekly budgetAnggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap minggu.Sekolah Rendah
bajet hariandaily budgetAnggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap hari.Sekolah Rendah
bajet bulananmonthly budgetAnggaran wang pendapatan dan perbelanjaan untuk setiap bulan.Sekolah Rendah
cukaitaxWang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas